dimanche 31 mai 2015

Beberapa rakyat AS ditahan di Yaman - Jabatan Negara

WASHINGTON: Beberapa rakyat Amerika Syarikat (AS) ditahan di Yaman, menurut Jabatan Negara, susulan laporan bahawa sekurang-kurangnya empat rakyat AS dijadikan tebusan oleh pemberontak Syiah.
Menurut seorang pegawai Jabatan Negara, ia sudah melihat “laporan bahawa beberapa rakyat AS ditahan baru-baru ini di Yaman”.
Menurutnya, Jabatan Negara “sedang berusaha mendapatkan pembebasan individu berkenaan”.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan bagaimana atau di mana mereka ditahan atau oleh siapa. – AFP
BH Online – Terkini


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire