samedi 30 mai 2015

YB Lapiji, sila bayar saman

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, didakwa memiliki saman trafik tertunggak berjumlah RM2,400.

Saman itu dikeluarkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana kesalahan memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Pengguna laman sosial berkongsi dokumen yang mengandungi butiran lengkap saman-saman itu termasuk nombor kenderaan tarikh dan lokasi kesalahan dilakukan.


Pendedaham itu menambah senarai pemimpin DAP dan PKR yang memiliki saman trafik tertunggak.

“YB Lapiji (Rafizi), sila bayar lapan saman berjumlah RM2,400.00. Pelaksaan AES secara rasmi telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada September 2013. Jadi, anda tidak boleh mengadu lagi soal kroni di dalam AES lagi,”
tulis seorang pengguna Facebook, Lim Sian See.

Bukan itu sahaja, Sian See secara sinis turut menggesa supaya polis segera memberkas Ahli Parlimen Pandan itu.

“Polis mai tangkap YB Lapiji (Rafizi),”
tulisnya.

Mengulas dakwaan itu, Rafizi berkata, dia belum menyemak status terkini jumlah saman trafik yang belum dijelaskan.

“Saya belum semak,” katanya yang hanya menjawab menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana sedang mengikuti persidangan Dewan Rakyat.

Beberapa akhbar berbahasa Cina telah membuat pendedahan yang menunjukkan beberapa pemimpin DAP dan PKR mempunyai banyak saman trafik tertunggak.

Timbalan Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Kam Hoo, dilaporkan mempunyai 76 saman trafik sejak 2004.

Pemangku Pengerusi DAP juga Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, mempunyai 70 saman.

Ketua Publisiti DAP juga Ahli Parlimen Petaling Utara, Tony Pua, memiliki 16 saman.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, dilaporkan mempunyai 12 saman, Bendahari Agung DAP, Fong Kun Lun (lima), Naib Pengerusi juga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (tiga) dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tang Seng Giaw (tiga).

Dua pemimpin PKR, Tian Chua yang memiliki 53 saman manakala seorang lagi Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar memiliki 14 saman.

Pendedahan saman tertunggak pemimpin DAP dan PKR itu dibuat sebagai serangan balas oleh MCA apabila Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mendedahkan Datuk Seri Liow Tiong Lai memiliki tiga saman tertunggak dan mendesak polis menangkap Presiden MCA itu.

Sumber: http://ift.tt/1cqUz7f


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire