dimanche 31 mai 2015

Janda parah dilanggar bekas suami


TOMPOKAN darah ditemui di depan rumah mangsa di Kemaman.

KEMAMAN – Seorang janda muda cedera parah selepas dilanggar dengan kereta oleh bekas suaminya sendiri yang gila talak akibat cemburu di Kampung Baru, Kemasik di sini Khamis lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah, (gambar kecil) suspek bertindak demikian dipercayai cemburu selepas mengetahui mangsa sudah mempunyai teman lelaki.

"Pada pukul 10 malam, anak mangsa yang tinggal bersama ibunya di dalam rumah tersebut, terkejut apabila terdengar bunyi kuat seolah-olah sesuatu merempuh bahagian hadapan rumah.

"Apabila anaknya yang berusia 16 tahun itu keluar, dia tergamam apabila melihat sebuah kereta merempuh garaj rumahnya dan lebih mengejutkan apabila terlihat ibunya terbaring di hadapan kereta tersebut dalam keadaan berlumuran berdarah," kata Wan Abd. Aziz semalam.




sumber:http://ift.tt/1s3c9mF


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire