samedi 30 mai 2015

Najib minta cari


KUALA PERLIS 30 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan pihak berkuasa mencari 'kepala' yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di sempadan negara ini.

Perdana Menteri berkata, penemuan kubur dan kem tahanan dipercayai menempatkan rakyat Rohingya mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian di sini baru-baru ini adalah kejadian yang amat menyedihkan.

Beliau berkata, sekiranya kegiatan itu ingin dibanteras, tindakan keras perlu diambil terhadap ketua atau kepala sindiket dan bukannya orang bawahan yang menjadi upahan.

"Saya difahamkan bahawa sindiket ini ketuanya bukan rakyat Malaysia...beberapa anggota polis yang kena tahan baru-baru ini kira macam balaci mereka, maknanya yang peringkat bawahan...yang jadi upahan.

"Kalau kita nak banteras ‘human trafficking’ ini, kita mesti ambil tindakan terhadap kepala-kepala mereka, bukan askar atau balaci mereka...kepala mereka mestilah diambil tindakan keras," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia 2014 di sini hari ini. - BERNAMA


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire