vendredi 29 mai 2015

Panduan untuk Istiqamah dalam Beribadat

Antara sedikit panduan untuk mendapat istiqamah dalam beribadah:

Pertama
Banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi.
Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi.


Kedua
Berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik.
Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga. kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.


Ketiga
Untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat.
Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa maklumlah Ramadan datang setahun sekali.


Keempat
Apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri
iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat.


Kelima
Berdialog dengan diri sendiri. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu.
Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia seperti kita.


Keenam
Bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah:
‘Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu’”

Wallahualam.






Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire