dimanche 31 mai 2015

Budak lelaki berlumuran darah menangis di sisi nenek



Mohd. Ikram meraung di sisi neneknya yang dipercayai pengsan selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Sultan Yahya Petra, Tumpat semalam.

TUMPAT – Seorang budak lelaki berusia setahun yang berlumuran darah hanya mampu menangis di sisi neneknya yang dipercayai pengsan selepas mereka terbabit dalam kemalangan di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, Mohd. Ikram Safuan yang meraung ketakutan telah dibantu orang ramai untuk dihantar ke hospital.

Difahamkan mangsa terjatuh daripada motosikal yang ditunggang oleh nenek budak lelaki itu selepas dikatakan bergesel dengan sebuah kereta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat Deputi Superintendan Marzuki Mat berkata, mangsa, Faridah Hamid, 35, berasal dari Thailand dalam perjalanan dari Tak Bai, Thailand ke rumah anak perempuannya di Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu dekat sini.

"Mangsa yang cedera ringan dilaporkan masih belum sedarkan diri ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

"Bagaimanapun, sehingga 8 pukul malam semalam, keluarga mangsa masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


sumber;http://ift.tt/1opKWIR


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire