AZMAN melihat sebuah lori yang sarat dengan muatan barang curi yang dirampas selepas sidang akhbar di IPD Muar, Muar semalam.
MUAR Tindakan dua lelaki sedang memunggah barang curi ke atas lori dari sebuah rumah yang dipecah masuk mereka di Jalan Ismail di sini baru-baru ini terbantut apabila disergah tuan rumah yang kebetulan pulang ke ke*diamannya.
Dalam kejadian pada 20 Mei lalu pukul 2 pagi, pemilik rumah berusia 42 tahun telah mengejar kedua-dua suspek, namun mereka dapat melarikan diri dan meninggalkan lori satu tan yang sarat dengan muatan barang curi.
Antara barang itu ialah dua buah peti sejuk, satu unit penyaman udara, sebuah mesin jahit, dua mesin pencetak, sebuah pemanas air dan sebuah rak besi milik mangsa.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, berdasarkan alamat tertera pada lori tersebut, pihaknya berjaya mengesan pemilik kenderaan berat itu yang merupakan bapa kepada salah seorang suspek.
Kita kemudian telah menahan suspek berdasarkan alamat pada lori itu. Mereka berusia 19 dan 20 tahun ini didapati positif dadah jenis syabu berdasarkan ujian air kencing, kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini semalam.
Difahamkan, mangsa tinggal di rumah lain yang terletak berdekatan kawasan itu.
sumber:http://ift.tt/1shUIz0
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire