POLIS melakukan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Amir Irsyad Omar
Bukit Mertajam: Seorang lelaki warga asing etnik Rohingya, Firus Ahmad, 26, maut selepas dipukul dengan tukul besi di kepala dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Bukit Mertajam, kira-kira 6 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mayat mangsa ditemui kerani di tapak pembinaan berkenaan kira-kira 8 pagi tadi sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Superintendan Shahurinain Jais berkata, kepala mangsa pecah dengan otak terburai di lantai salah sebuah rumah kongsi di situ.
Katanya, kepala mangsa dipercayai dipukul dengan tukul besi yang ditinggalkan di tempat kejadian.
Menurutnya, seorang rakan mangsa ditahan berhubung kejadan bagi membantu siasatan.
http://ift.tt/1Kxmazn
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire