vendredi 29 mai 2015

Sampah dibakar meletup tiba-tiba



Manickam (dua, kiri) sempat melawat Mohd Gaus, petang kelmarin.
< 1 / 1 >
BAHAU - Badan seorang pesara tentera terbakar 30 peratus selepas berlaku letupan kecil ketika membakar sampah di seberang jalan berhampiran rumahnya, 16 Mei lalu.

Pesara berkenaan, Mohd Gaus Jamil, 58, berkata, dia sudah lama tidak melakukan perkara itu kerana kesibukan berniaga.

"Waktu itu pukul 11.30 malam, pakcik baru balik berniaga di pasar malam dekat Taman Meranti. Hati pakcik tergerak untuk bakar sampah bila lihat yang ada hanya daun dan kayu kecil sahaja.

“Tak pula pakcik fikir untuk lihat sampah lain yang dilonggokkan sama. Pakcik petik saja pemetik api, terus berlaku letupan hingga pakcik tercampak ke belakang,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Mohd Gaus berkata, ketika itu dia hanya memakai seluar panjang tanpa baju merangkak ke rumahnya yang berjarak 50 meter.

“Pakcik panggil isteri (Zahidah HM Said). Dia pun terkejut lihat pakcik. Kelam kabut dia telefon anak, mujur ada jiran, dia yang hantar pakcik pergi Hospital Jempol.

“Empat hari pakcik kena tahan wad, hanya Tuhan saja tahu keadaan masa itu, namun Alhamdulillah letupan itu tak kena mata.

“Entah apa yang berlonggok sekali dengan daun dan kayu itu, biasanya hanya sampah saja. Tapi pakcik reda, anggap ini ujian ALLAH,” katanya.

Tambah Mohd Gaus, kini perniagaan di pasar malamnya yang diusahakan sejak lima tahun lalu diuruskan isteri, anak dan menantunya berikutan dia terpaksa berehat seketika.

Mohd Gaus kini mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kesihatan Bahau dan mengakui ada masa dia melakukan sendiri pembersihan luka kerana tidak tahan sakit. Nasib yang menimpa Mohd Gaus mendapat perhatian
pemimpin Umno dan Adun Jeram Padang, Datuk L Manickam.


sumber:http://ift.tt/1eFkJ7Z


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire