seorang penduduk Arab Saudi memeriksa mayat seorang lelaki yang maut dalam kejadian letupan berani mati di masjid Syiah di Dammam, semalam. REUTERSTEMPLATE OUT
RIYADH 29 Mei – Empat orang terkorban selepas sebuah kereta yang disarat dengan bahan peledak meletup di luar sebuah masjid pengikut Syiah, di sini hari ini dalam serangan yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai tindakan `*****’.
Agensi berita Arab Saudi memetik kenyataan jurucakap Kementerian Dalam sebagai berkata, pihak berkuasa berjaya menggagalkan serangan pengganas yang menjadikan orang awam sebagai sasaran ketika sedang berlangsungnya solat Jummat di Masjid Al-Anoud dekat Dammam.
Katanya, letupan berlaku sejurus selepas pengawal keselamatan menghampiri kereta yang sedang dipandu menuju ke kawasan tempat letak kereta.
“Kenderaan meletup ketika pengawal keselamatan cuba menghampiri kereta berkenaan, empat terkorban dalam kejadian itu termasuk pemandu kereta tersebut.
“Siasatan sedang giat dijalankan bagi mengetahui motif sebenar kejadian dan siapa yang bertanggungjawab,” jelas jurucakap tersebut.
Saksi kejadian, Nassima al-Sada berkata, kenderaan yang dipandu penyerang berani mati itu meletup selepas pasukan keselamatan cuba menghalangnya daripada memasuki kawasan yang dikhaskan untuk kaum wanita di masjid berkenaan.
Dalam perkembangan lain, kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu – AFP/REUTERS
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire