vendredi 28 août 2015

Bersih 4.0: Penganjur, peserta miskin semangat patriotik - Najib

JERANTUT - Penganjur dan peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 "cetek dan miskin" semangat patriotik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun berbeza fahaman politik, mereka sepatutnya menghayati Hari Kebangsaan yang akan disambut Isnin ini dengan mengibar Jalur Gemilang sebagai menghargai jasa pejuang negara yang membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.

"Kita nak sambut kemerdekaan, ada orang nak tunjuk perasaan di tempat bersejarah iaitu di Dataran Merdeka.

"Tak faham ke mereka ini, cetek dan miskin sangat ke semangat patriotik cintakan tanah air. Tak faham ke mereka yang negara kita terbina atas darah dan keringat pejuang-pejuang tanah air.

"Daripada zaman Mat Kilau, Tok Janggut dan pejuang UMNO sehingga ke perajurit serta polis kita mati syahid kerana nak pastikan kemerdekaan negara," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di Dewan Majlis Daerah Jerantut, di sini hari ini. - Bernama


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire