samedi 29 août 2015

Lelaki parah lepas cuba bunuh diri terjun tingkat 8

Seremban: Seorang lelaki berusia 30-an parah selepas terjun daripada tingkat lapan di Blok B, Flat Templer, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Polis Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 12.10 tengah malam, mangsa dipercayai cuba membunuh diri.

Katanya, ekoran tindakan itu, mangsa parah dan pihaknya menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian.

"Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini oleh pihak ambulans dan bomba yang turut tiba di lokasi," katanya.

Kata Muhamad Zaki, punca tindakan lelaki itu masih disiasat.


- See more at: http://ift.tt/1Er3SBO




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire