lundi 2 février 2015

500 pekerja China peluk Islam lepas saksi pengebumian Raja Abdullah



Video tersebut turut memaparkan visual kumpulan pekerja China itu berkumpul berhampiran pejabat syarikat tempat mereka bekerja di timur bandar Jubail sebelum melafazkan dua kalimah syahadah





KUALA LUMPUR, 2 Februari: Kesederhanaan dalam menyempurnakan pengebumian bekas raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz yang mangkat minggu lalu dilaporkan telah menyentuh hati kira-kira 500 pekerja warga China di negara itu hingga membuatkan mengambil keputusan berhijrah memeluk agama Islam.



Laporan sebuah portal berita negara itu, Eramuslim.com mendakwa 500 pekerja warga China berkenaan melafazkan kalimah syahadah secara beramai-ramai dalam satu majlis ringkas, berdasarkan satu klip video yang dimuat naik di laman YouTube.



Pada majlis itu, kesemua pekerja warga China berkenaan mengucap dua kalimah syahadah dengan dibimbing seorang warga tempatan melalui alat pembesar suara.



Video tersebut turut memaparkan visual kumpulan pekerja China itu berkumpul berhampiran pejabat syarikat tempat mereka bekerja di timur bandar Jubail sebelum melafazkan dua kalimah syahadah bagi memeluk Islam secara beramai-ramai.



Berikut adalah video yang dikatakan majlis pengislaman 500 saudara baru (muallaf) berkenaan.





http://ift.tt/1LDzQem



Read more: http://ift.tt/1LDzQuE




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire