Afandi Hamzah
KOTA BHARU – Penswastaan Liga Malaysia (Liga M) yang sebelum ini tertangguh akan dimulakan sepenuhnya berkuat kuasa pada tahun hadapan.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah berkata, urusan ke arah penswastaan Liga M itu sedang rancak berlangsung sebagaimana yang telah dirangka sebelum ini.
Menurutnya, FAM telah memaklumkan kepada semua ahli gabungan yang terdiri daripada persatuan bola sepak negeri supaya bersiap sedia ke arah itu.
“Urusan penerangan akan terus giat dilakukan menerusi penganjuran bengkel bagi memastikan semua pihak pengurusan pasukan faham dengan penswastaan Liga M pada 2016 nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam meraikan perkahwinan penyerang Kelantan, Ahmad Fakri Saarani, di sini semalam.
Yang turut hadir Naib Pre*siden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Datuk Rosmadi Ismail dan pengurus pasukan Azman Ibrahim.
Utusan Malaysia 18 November tahun lalu melaporkan penswastaan liga yang dicadangkan sepenuhnya pada 2015 nampak*nya tidak kesampaian apabila FAM melihat 2016 sebagai waktu paling sesuai merealisasikan rancangan tersebut.
Difahamkan, format Liga M dijangka mengalami per*ubahan berban*ding saingan sekarang bagi mencipta pertandingan yang lebih kompetitif untuk semua pasukan bertanding.
Afandi membe*ritahu, kebanyakan pasukan negeri sudah mula faham dengan langkah penswastaan Liga M itu yang mahu dilaksanakan oleh FAM musim depan.
“Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasukan negeri, insya-Allah kita yakin dan percaya proses ini akan berjalan dengan lancar,” katanya.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire