lundi 4 mai 2015

Hubungan Woods-Vonn berakhir


Lindsey Vonn dan Tiger Woods

HUBUNGAN cinta bintang golf, Tiger Woods dengan juara ski Olimpik, Lindsey Vonn dilaporkan berakhir, minggu lalu.

Melalui sebuah perkongsian di laman Facebook Vonn Ahad lepas, beliau memberitahu peminat bahawa hubungan tiga tahun bersama Woods telah ditamatkan.

"Saya dan Woods telalu sibuk dengan kehidupan masing-masing, memaksa kami menghabiskan masa tanpa antara satu sama lain," beritahu Vonn.

"Woods dan saya bersetuju untuk menamatkan hubungan kami selepas hampir tiga tahun bersama," akhiri beliau.

Tahun lepas, Vonn dilaporkan memecahkan rekod dunia dalam acara ski dan dilihat bersama Woods ketika acara penyampaian kejuaraan.

Sementara itu, Woods memberitahu di laman web beliau bahawa pekerjaan sebagai bintang sukan menyukarkan hubungan mereka.

"Susah untuk habiskan masa bersama.

"Vonn dan saya bersetuju untuk menamatkan hubungan kami. Saya sentiasa kagum dan menghormati Vonn dan saya akan sentiasa mengenangi kehidupan kami bersama," luah Woods.


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire