samedi 2 mai 2015

Kate Middleton selamat lahirkan bayi perempuan


Warga Britain melonjak kegembiraan selepas mengetahui Kate Middleton selamat melahirkan bayi perempuan.

LONDON - Isteri putera William, Kate Middleton selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.7 kilogram di Hospital St Mary, semalam.

Berita gembira itu diumumkan oleh Istana Kensington dan menyatakan Duchess of Cambridge selamat melahirkan bayi tersebut pada pukul 8.34 pagi (3.34 petang waktu Malaysia).

"Ratu, Duke of Edinburgh, Putera Wales dan Duchess of Cornwall serta Putera Harry dan ahli keluarga kedua belah pihak telah dimaklumkan mengenai kelahiran ini.

"Ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan selamat," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan dari Istana Kensington selepas tiga jam, Middleton bersalin.

Anak sulung pasangan diraja terbabit, Putera George dilahirkan di hospital sama pada 22 Julai 2013. - Daily Mail


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire