Forum Bicara Ad-Din yang bertajuk Remaja Permata Dunia disampaikan oleh penceramah dalam Karnival Mahabbah Kolej Komuniti.
CHENDEROH - Karnival Mahabbah Kolej Komuniti peringkat Kebangsaan yang julung kali diadakan dengan pelbagai aktiviti telah disertai 300 penuntut Kolej Komuniti seluruh Malaysia.
Karnival yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan empat pertandingan iaitu Kuiz Bahasa Inggeris 'Challenge Your Mind', Kuiz Pendidikan Agama Islam 'Ana Tanya Antum Jawab', Pertandingan Eksplorasi Minda dan Pertandingan Lagu Dakwah.
Pengarah Kolej Komuniti Chenderoh, Asro Abdul Kamil melihat penganjuran karnival kali ini merupakan signifikan kepada mata pelajaran wajib kolej iaitu dalam pengkhususan pengajian am yang merangkumi bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.
Menurutnya, karnival ini juga salah satu pendekatan dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan nilai-nilai murni serta ketuhanan dalam kalangan penuntut.
"Secara tidak langsung, program sebegini berupaya meningkatkan penguasaan ilmu dan minat mahasiswa kolej komuniti terhadap kursus-kursus wajib kolej selain kaedah pembelajaran yang terbaharu bagi meningkatkan daya pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar kolej komuniti.
"Karnival ini mampu membentuk keyakinan diri seseorang penuntut di samping mencungkil bakat mereka melalui pertandingan yang dianjurkan," katanya.
Sementara itu, Adun Chenderoh, Zainun Mat Noor menyifatkan kewujudan kolej komuniti seluruh Malaysia termasuk 13 kolej komuniti di Perak ternyata memberikan impak positif terhadap pemerkasaan komuniti setempat dalam pelbagai bidang.
"Saya yakin dengan ciri-ciri program ditawarkan bersifat fleksibel, secara hands-on dan berdasarkan keperluan industri, Kolej Komuniti mampu melahirkan graduan yang mampu bersaing untuk pasaran pekerjaan," katanya.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire