BAGAN DATOH: Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan khabar angin akan digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Pahang seperti heboh diperkatakan dalam media sosial.
Beliau berkata, khabar angin itu bukan perkara baharu malah, sudah berlegar sejak tujuh tahun lalu.
Malah, katanya, perkara itu tidak dibincangkan atau disebut sama sekali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan dengan semua Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri semalam.
"Nak tukar atau tidak itu kita serah kepada Perdana Menteri dan Raja-Raja...saya tidak kisah sangat, saya jalankan kerja.
Sebenarnya spekulasi ini elok juga sebab ia akan buatkan kita aktif dan buat kerja bersungguh-sungguh.
"Sebenarnya, sebagai tokoh politik, jika orang berhenti cakap pasal awak, awak habis.
"Kalau orang banyak cakap pasal awak, tanya bila nak pencen, begitu begini, itu bagus," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.
Adnan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau tidak melihat ada perkara luar biasa ketika pertemuan dengan Perdana Menteri semalam.
Katanya, apa yang mustahak sekarang ialah memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri selepas rombakan Kabinet.
Selanjutnya di : http://ift.tt/1IBeCwW
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire