JOHOR BAHRU 2 Ogos - Seorang ibu tunggal dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah sebanyak RM2,000, awal tahun lalu.
Umi Azren Ahmad, 35, seorang juruteknik Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. Cawangan Kota Tinggi didakwa menerima rasuah tersebut sebagai dorongan melaksanakan dan meluluskan ujian perpaipan satu projek bagi kawasan berkenaan.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Pusat Bahasa Bestari Maju, Kota Tinggi pada pukul 5.30 petang, 3 April tahun lalu.- UTUSAN ONLINE
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire