mardi 24 février 2015

Ibu anak baru pulang perbicaraan kes dadah cedera ditembak 4 lelaki



PEMANDU dan penumpang cedera ditembak lelaki menunggang motosikal. FOTO ihsan pembaca



Bukit Mertajam: Dua beranak cedera selepas ditembak empat lelaki menunggang dua motosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Song Bang Kheng berhampiran Taman Kota Permai,12.40 tengah hari tadi.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah berkata, ketika kejadian mangsa berusia 21 tahun yang memandu kereta bersama ibu berusia 43 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menghadiri perbicaraan membabitkan kes dadah di Mahkamah Bukit Mertajam.



"Ketika sampai di lokasi kejadian, datang empat lelaki menunggang dua motosikal dan terus melepaskan tembakan ke arah kereta mangsa.



"Ibu mangsa cedera di leher dan lengan kiri manakala lelaki itu cedera di dada kiri," katanya.



Mazlan berkata, pemeriksaan dilakukan menemui enam kesan peluru pada bahagian kiri kenderaan dan empat lagi pada bahagian kanan.



"Kedua-dua mangsa yang dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM) kini dilaporkan dalam keadaan stabil.



"Semakan dilakukan mendapati pemandu kenderaan itu mempunyai rekod jenayah lampau dan kejadian dipercayai bermotifkan balas dendam.



"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.





- See more at: http://ift.tt/1Dio8AS




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire