http://ift.tt/17tQjl5
Quote:
Assalamualaikum YB. Semoga YB di dalam keadaan sihat dan sejahtera. Sebagai Ahli Parlimen Rembau, saya mewakili seluruh penduduk Rembau ingin memohon jasa baik YB agar perkara ini dapat dipanjangkan ke pihak yang sepatutnya dan mendapat perhatian. Masalah yang timbul sekarang adalah kami sebagai pengguna perkhidmatan berbayar merasa tertekan dengan mutu dan kualiti penyedia perkhidmatan. Ini termasuk Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya. Buat masa ini, Maxis yang paling mengecewakan. Pelbagai laporan telah dibuat kepada pihak telco dan juga SKMM dari tahun 2014 tapi apa yang mengecewakan, tiada tindakan yang dibuat dan kami masih dihimpit masalah yang sama. Ini sahaja jalan terakhir yang dapat kami fikirkan buat masa sekarang. Suara kami mengadu kepada pihak telco seolah-olah mencurahkan air di daun keladi. Kami percaya bukan sahaja di kawasan Rembau yang bermasalah, malah di semua negeri di Malaysia. Buktinya boleh sahaja dilihat di laman Facebook penyedia perkhidmatan. Banyak komen negatif dari positif. Kami hanya dapat menikmati sambungan internet yang stabil pada pukul 1 pagi sehingga ke 8 pagi di mana pada masa itu kebanyakan pengguna sudah melelapkan mata. Jikalau selepas pukul 5 petang, memang tak akan dapat untuk menggunakan internet kerana terlalu perlahan dan selalu terputus sambungan. Bagaimanakah Malaysia mahu mencapai status negara maju sekiranya rakyatnya masih lagi terbeban dengan masalah kualiti penyedia perkhidmatan dan caj internet yang melampau. Jadi saya berharap perkara ini akan mendapat perhatian pihak sewajarnya dan tindakan segera akan diambil untuk menyelesaikan perkara yang bertahun-tahun menghantui kami. Jika keadaan masih sama, maka pada bajet kerajaan yang akan datang, tak perlulah kerajaan membelanjakan dana untuk menaiktaraf jalur lebar negara ini kerana tak nampak apa-apa perubahan pada penyedia perkhidmatan selain caj yang terus meningkat dan kualiti yang semakin menurun. Sekian Terima Kasih. Pengguna Kecewa (Surat ini dihantar salah seorpang pembaca Mynewshub yang enggan identiti dirinya terdedah. Surat ini lanjutan daripada perjuangan dan usaha Mynewshub agar mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua syarikat telekomunikasi (Telco) benar-benar bermutu dan harganya berpatutan. Pada masa kini Telco Malaysia banyak menipu dari segi harga dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan lemah. Untuk apa ada Kementerian berkaitan pengguna dan komunikasi apa semua jika nasib jutaan pengguna telefon bimbit adalah dalam penipuan sepanjang masa. Anda boleh memainkan peranan dalam membuat perubahan ini dengan share bahan-bahan kami berkaitan kelemahan Telco kita TERIMA KASIH) |
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire