LANGKAWI 3 Mei - Ulasan pandu uji Honda HR-V untuk siaran ruangan Ekonomi Utusan Malaysia 4 Mei 2015 (johardy)
KUALA LUMPUR 3 Mei – Model terbaharu Honda iaitu HR-V mendapat sambutan luar biasa dengan tempahan diterima sebanyak 13,073 buah hanya dalam tempoh dua bulan model tersebut dilancarkan di pasaran Malaysia pada 5 Februari lalu.
Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, setakat ini sebanyak 3,620 buah Honda HR-V telah didaftarkan.
Namun ujar beliau, disebabkan sambutan hebat yang melepasi jangkaan awal Honda iaitu sebanyak 45 peratus, ia menyebabkan tempoh menunggu tempahan meningkat antara lima hingga enam bulan.
“Kami berusaha untuk memendekkan tempoh menunggu tersebut dengan menambah kapasiti pengeluaran di kilang Honda di Melaka dan menjelang Ogos ini, diharap tempoh itu dipendekkan kepada tiga hingga empat bulan.
“Dan seterusnya kepada satu hingga satu setengah bulan menjelang tahun ini,’’ katanya kepada pemberita pada sesi pandu uji Honda HR-V di Langkawi, baru-baru ini. Yang turut hadir pada acara itu ialah Penolong Ketua Projek Besar HR-V dari Honda Jepun, Kojiro Okabe, dan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah.
Ueno berkata, varian HR-V yang paling mendapat permintaan tinggi ialah model spesifikasi tinggi, Gred V.
Honda HR-V menggunakan enjin 1.8L i-VTEC SOHC yang menawarkan kuasa 142 PS pada 6,500 rpm dan kuasa kilas 172 Nm pada 4,300 rpm. Ia juga bergabung tenaga dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) yang dibangunkan di bawah teknologi unggul ciptaan Honda, Earth Dreams.
Harga atas jalan beserta insurans yang ditawarkan pula ialah RM98,690.40 bagi Gred S, RM108,027.10 untuk Gred E dan Gred V pula RM118,229.10.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire