KUALA LUMPUR, 29 April 2014 - Fotografi sajian makanan yang terdapat di Restoran Tims Teapot Terrace, disini hari ini.GAMBAR : FAIRUZ IZYANA AYUBPEMBERITA : INTAN (mingguan)
SEBAIK-baik sahaja memasuki premis Tim’s Teapot Terrace di Taman Melawati, Kuala Lumpur, mata penulis terus terarah ke deretan kek di bahagian depan kafe yang disusun cantik atas bekas kaca khas.
Kek keju coklat Nutella, red velvet, butterscotch, rainbow, orange poppy seed, antara yang terhidang, membuatkan penulis terliur membayangkan keenakan adunan kek yang dibuat sendiri.
Begitu juga manisan terkenal seperti pavlova, trifel, puding roti dan mentega dan epal repui, antara yang disusun rapi di dalam peti sejuk. Boleh dikatakan Tim’s Teapot Terrace syurga buat penggemar pencuci mulut.
Terasa damai dan tenang menghirup teh istimewa sambil menikmati wafel yang sempurna tekstur dan rasanya di dalam kafe yang dihias indah dengan dekorasi bertemakan teko teh, ilham daripada koleksi kegemaran pemilik kafe tersebut, Fatimah Mohamad Kunju.
Kafe yang diusahakan bersama anaknya, Adnan Ngah Muda amat sesuai untuk pengunjung yang mahukan kelainan dari segi suasana mahupun hidangan. Malah penggunaan perkakas pinggan mangkuk yang comel dan kebanyakannya koleksi peribadi Fatimah itu menambah keunikan kafe tersebut.
Cerita Adnan, kafe tersebut merupakan kesinambungan daripada kedai hiasan dalaman ibunya, Teratai Sari yang berada di bahagian hadapan kafe tersebut.
“Ibu saya sering mengembara ke luar negara dan memburu koleksi teko teh mini. Dari situ, dia mendapat idea untuk membuka kafe berkonsepkan tea house kerana ia agak terkenal terutama di England.
“Selain pencuci mulut yang dibuat sendiri oleh kami atau pembuat kek kecil-kecilan di rumah, Tim’s Teapot Terrace turut menyediakan pelbagai makanan Barat seperti lasagna, pai Shepherd, Mac and Cheese dan bolognese Potpie,” ujarnya.
Paling memikat hati penulis ialah lasagna yang dimasak sendiri oleh Fatimah yang mesra disapa Aunty Tim. Jika kebiasaan sis lasagna Itali kuat rasa masamnya, di Tim’s Teapot Terrace, ia diubah suai menjadi secukup rasa dengan rasa pedas dan masam yang seimbang.
Malah, lapisan keju di dalam lasagna tersebut cukup sempurna apabila ia ‘dilembutkan’ rasanya dengan campuran bahan lain termasuk susu segar membuatkan tiada rasa muak untuk menghabiskannya.
Begitu juga hidangan Bolognese Potpie yang begitu unik. Menggunakan mangkuk khas, Bolognese Potpie merupakan lapisan kentang lenyek dan keju di atasnya manakala di bahagian bawah pula dilapisi dengan sos bolognese bersama daging cincang.
Mahukan hidangan yang lebih ringan, wajib mencuba wafel istimewa mereka. Seperti wafel klasik Belgium yang lengkap dengan ais krim, strawberi dan sos coklat di atasnya. Bezanya bancuhan tepung wafel yang sempurna, walaupun tebal namun ia cukup lembut di dalamnya dan rasanya cukup menyelerakan.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire