Setelah pelbagai dakwaan dan spekulasi, seorang pegawai kepada perdana menteri menegaskan bahawa majlis kenduri kahwin keluarga itu langsung tidak menggunakan wang rakyat.
Majlis anak Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk orang kenamaan di KLCC, ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengantin lelaki.
KLCC itu adalah majlis yang diminta oleh pihak lelaki, untuk tetamu meraikan sahabat-sahabat dia (keluarga Daniyar Kessibayev dari Kazakhstan).
Walaupun dihos oleh keluarga perdana menteri tetapi diminta oleh keluarga lelaki. Tidak hanya minta tetapi ditanggung oleh keluarga pihak keluarga lelaki,kata Rizal Mansor ketika dihubungi Malaysiakini.
Justeru, katanya, perkahwinan itu tidak seharusnya menjadi isu dan bersifat peribadi untuk dikongsi dengan semua pihak seperti di tempat lain.
Selain acara di KLCC, acara lain majlis perkahwinan Nooryana Najwa turut diadakan di Seri Perdana, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) dan kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang.
Tiada gambar dilapor dibenarkan diambil untuk program untuk orang kenamaan di KLCC.
Kenapa tertutup (di KLCC)? Sebab (takut) orang kata bermewah-mewah, bermegah-megah.
Kalau (hendak) bermegah-megah, kita buat live (langsung) di TV, kita panggil media untuk buat liputan. Kerana kita tak mahu tunjuk dekat oranglah kita buat tertutup, katanya.
http://ift.tt/1bm48Uo
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire