vendredi 1 mai 2015

Pengawal keselamatan diserang peserta perhimpunan


KUALA LUMPUR 1 Mei – Seorang pengawal keselamatan bank terpaksa mengacukan pistol ke arah sekumpulan peserta Perhimpunan Bantah GST (cukai barang dan perkhidmatan) selepas mereka menyerang dan memukulnya dalam kejadian di hadapan bank berkenaan, di Jalan Tun Perak, di sini hari ini.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 3.26 petang itu, mangsa yang berusia 45 tahun sedang bertugas di dalam bank tersebut sebelum terdengar bunyi cermin bank dibaling dengan satu objek dipercayai seketul batu.

“Bagaimanapun, dia membiarkan sahaja kejadian itu sehingga tidak lama kemudian, terdapat sekumpulan peserta membaling bekas minuman ke arah bank berkenaan.

“Mangsa bertindak menegur kumpulan peserta demonstari terlibat agar tidak mengulangi perbuatan itu namun kumpulan tersebut naik berang dengan teguran lalu menyerang dan menumbuk mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah sumber, kumpulan yang menyerang mangsa disahkan melibatkan sekurang-kurangnya enam individu berpakaian berwarna hitam dan bertopeng muka.

“Mangsa dalam laporannya kepada pihak polis mengatakan dia terpaksa mengacukan senjata api jenis Revolver .38 Taurus ke arah kumpulan berkenaan untuk mempertahankan diri.

“Difahamkan, mangsa terpaksa bertindak sedemikian selepas ada di antara peserta dalam kumpulan tersebut cuba menggunakan besi bendera untuk memukulnya namun mangsa berjaya mengelak lalu mengacukan pistol bagi menakut-nakutkan kumpulan yang bertindak agresif itu,” ujarnya sambil memberitahu tiada sebarang tembakan dilepaskan ketika kejadian.


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire