vendredi 1 mai 2015

Sungai Perak lubuk udang galah


Shahrul Zaman sampaikan hadiah kepada johan pancing udang galah, Zulkfli Mohammad.

BAGAN DATOH - Sungai Perak di kawasan Bagan Datoh menjadi lubuk udang galah dan sumber rezeki nelayan serta penduduk sekitar.

Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, terdapat pelbagai jenis ikan dan udang galah di sekitar kawasan Sungai Perak.

"Dengan harga Antara RM30 hingga RM50 sekilogram boleh beri pendapatan lumayan kepada penduduk yang rajin turun ke sungai," katanya ketika merasmikan pertandingan anjuran Umno Kawasan Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Teluk Penikam, di sini, baru-baru ini.

Dalam program itu, kira-kira 87 peserta menyertai pertandingan tetapi hanya 27 peserta berjaya menaikkan tangkapan udang galah.


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire