mercredi 29 juillet 2015

Dua pencuri Ferrari dicekup



INILAH kereta Ferrari berharga lebih RM1 juta yang dilarikan dua lelaki di Bandar Sunway sebelum berjaya ditahan di Gambang, Kuantan semalam.

KUANTAN – Tindakan nekad dua lelaki yang mencuri dan membawa lari sebuah kereta mewah bernilai lebih RM1 juta membawa padah apabila mereka ditahan polis di Gambang di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi itu, anggota Balai Polis Gambang melakukan rondaan dan pemantauan cegah jenayah sebelum terserempak dengan kereta jenis Ferrari berkenaan berhampiran Plaza Tol Gambang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, hasil maklumat awal, kenderaan bernilai lebih RM1 juta itu dilaporkan hilang di Bandar Sunway, Selangor.

“Polis Pahang yang menerima maklumat terdapat kenderaan mewah yang dicuri sebelum dibawa lari ke Pantai Timur diminta untuk mengesan kereta itu.




sumber:http://ift.tt/1rY2yem


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire