samedi 1 août 2015

Lelaki buang air kecil tepi jalan tiba-tiba lari masuk hutan sebelum ditemui mati


KEADAAN mayat lelaki dipercayai mengalami gangguan misteri ditemui di hutan Semanju, Lubok Antu.

Engkelili: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami gangguan misteri ketika membuang air kecil di tepi jalan sebelum berlari ke hutan Semanju, Lubok Antu, di sini, Khamis lalu ditemui mati di dalam hutan itu, semalam.

Mayat Bong Sze Hiun, 47, dari Kampung Temudok, Sri Aman ditemui dalam keadaan terbaring tanpa sebarang kesan kecederaan oleh pasukan penyelamat bersama penduduk kampung jam 11 pagi.

Dalam kejadian jam 2.30 petang Khamis lalu, Bong menaiki lori bersama dua rakan dan dalam perjalanan pulang ke Sri Aman dari Lubok Antu.

Sumber berkata, lori berkenaan kemudian berhenti di tepi jalan sebelum Bong turun untuk membuang air kecil.

“Selepas membuang air kecil, Bong yang turun dari lori berseorangan tiba-tiba berkelakuan pelik dengan berlari kira-kira 150 meter ke jalan utama dan terus meniarap hingga hampir dilanggar kenderaan yang melalui kawasan itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.


- See more at: http://ift.tt/1MErd5e


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire