Kontena yang terjatuh ke dalam air selepas dua kapal kargo bergesel. FOTO ihsan pembaca
Pelabuhan Klang: Operasi perjalanan memunggah kontena di pelabuhan Wesport, dekat sini terganggu apabila dua kapal kargo bergesel petang tadi.
Pergeselan itu menyebabkan tiga kontena yang dibawa salah satu kapal terbabit terjatuh ke dalam air.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, satu daripada kapal berkenaan yang didaftarkan di Hong Kong dikatakan mahu berlabuh di pelabuhan itu.
Ketika hampir di pelabuhan, kapal itu gagal dikawal menyebabkannya melanggar bahagian belakang kapal lain.
Pengurus Perhubungan Awam Wesport A Ruban berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Dalam kejadian hari ini tiada kerugian dan kecederaan dilaporkan," katanya.
Beliau berkata, kontena yang terjatuh di dalam air itu juga sudah dialihkan dan operasi pelabuhan berjalan seperti biasa.
- See more at: http://ift.tt/1IwwMf1
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire