mardi 28 juillet 2015

2 suspek larikan Ferrari kuning berjaya dicekup


KERETA mewah dinaiki dua suspek disyaki hilang di Selangor. FOTO ihsan polis

Kuantan: Dua lelaki yang mencuri dan melarikan kereta mewah bernilai lebih RM1 juta ditahan polis di Gambang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu polis yang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak dengan kereta Ferrari berwarna kuning yang disyaki hilang di Bandar Sunway, Selangor.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis terus bertindak menahan kereta berkenaan yang dinaiki dua suspek berusia 28 dan 30 tahun itu.

"Sebelum itu polis Pahang menerima maklumat bahawa terdapat kereta mewah dilarikan suspek menuju ke pantai timur dan meminta kerjasama untuk mengesannya.

"Polis yang melakukan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan Gambang terserempak kereta berkenaan dan mengekorinya sebelum bertindak menahan kedua-dua suspek," katanya.


- See more at: http://ift.tt/1KwZrXX


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire