mercredi 29 juillet 2015

Bekas pengawal keselamatan kekal digantung


PUTRAJAYA 29 Julai - Bekas pengawal keselamatan warganegara Indonesia, La Ode Ardi Rasila kekal menjalani hukuman gantung kerana membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya, Norazita Abu Talib dua tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas berpuas hati bahawa terdapat bukti keterangan yang mencukupi bagi menyokong dapatan fakta hakim bicara yang mensabitkannya dengan tuduhan membunuh.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Abdul Rahman Sebli mencapai ketetapan bahawa sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi adalah selamat untuk dikekalkan. - UTUSAN ONLINE


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire