jeudi 30 avril 2015

Mangsa bah raya di rumah baharu


Rumah hasil bantuan Pas Kedah untuk mangsa bah di Kelantan.

ALOR SETAR - Enam keluarga terpilih yang hilang tempat tinggal akibat rumah mereka musnah dalam kejadian banjir besar di Kelantan, Disember lalu, bakal meraikan sambutan Aidilfitri di rumah baharu, yang kini dalam pembinaan.

Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad berkata, enam rumah terbabit merupakan sumbangan Pas Kedah yang melancarkan Tabung Pembangunan Pasca Banjir, bagi membantu mangsa terlibat.

"Untuk fasa pertama ini, dibina enam rumah, sehingga kita berjaya capai sasaran membina 15 rumah, yang setiap satunya bernilai RM40,000," katanya.

Menurutnya, sebagai permulaan, tiga rumah dibina di Gua Musang manakala tiga lagi di Kuala Krai.

"Kerja-kerja pembinaan sudah bermula sejak sebulan lalu, kita jangkakan dapat disiapkan menjelang Aidilfitri ini. Ini merupakan hadiah kepada rakyat Kelantan yang kehilangan harta benda dalam musibah itu," katanya.

Musoddak berkata, setiap 15 Pas kawasan akan menyumbang dana RM40,000, di mana kutipan dana dibuat secara berterusan.

"Apabila jumlah kutipan mencukupi, kita bina sedikit demi sedikit. Setakat ini, empat kawasan sudah menyalurkan dana, iaitu Pas kawasan Pokok Sena, Merbok, Padang Serai, Sungai Petani dan Kuala Kedah," katanya.

Menurutnya, Pas akan meneruskan kutipan dana tersebut sehingga mampu menyiapkan 15 rumah seperti yang dijanjikan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir terlibat.

Banjir besar melanda Kelantan Disember lalu adalah antara yang terburuk dalam sejarah negara, di mana kemusnahan akibat banjir itu dianggarkan hampir 1 bilion.


Belum ada cadangan naik tambang feri


Chua Soi Lek

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) tidak bercadang untuk menaikkan tambang feri buat masa ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk masa yang belum sesuai berikutan negara baru memulakan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Pihak kami mengambil perhatian terhadap isu itu kerana kami prihatin terhadap pengendali pelabuhan yang mengalami kerugian, tetapi kami juga simpati kepada pengguna," katanya kepada pemberita semasa melawat Pangkalan Feri Raja Tun Uda di Pengkalan Weld di sini, hari ini.

Kali terakhir tambang feri dinaikkan ialah pada tahun 2005 selepas dinaikkan dua kali sebelumnya sejak perkhidmatan feri diperkenalkan di Pulau Pinang pada tahun 1894, katanya.

Dalam pada itu Dr Soi Lek berkata, jumlah pengguna perkhidmatan feri dari tahun 1984 sehingga tahun lalu mencatat penurunan yang hanya 20,000 penunggang motosikal menggunakannya berbanding 400,000 orang sebelum ini.

"Selain itu jumlah motosikal yang menggunakan feri juga menurun kepada 1.2 juta berbanding 3.4 juta sebelum ini, kereta dari 2.5 juta berkurangan kepada 760,000 manakala lori daripada 460,000 turun kepada 43,000," katanya.

Beliau berkata, faktor yang menyumbang kepada penurunan penggunaan feri adalah berikutan pembukaan dua jambatan iaitu Jambatan Pulau Pinang dan disusuli Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. - Bernama


KFC Delivery lancar portal online


Dari kiri: pekerja KFC Delivery, Mee Jiuan dan Pengurus Kanan KFC Delivery, John Warkey ketika pelancaran portal itu, baru-baru ini

KFC Delivery Malaysia (KFC Delivery) melancarkan portal online http://ift.tt/1DG1xeP, bagi khidmat penghantaran yang menawarkan kemudahan untuk pelanggan yang ingin menikmati KFC di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan berkata, hanya dengan beberapa klik mudah, pelanggan kini boleh menikmati hidangan lazat KFC yang dihantar terus kepada mereka.

"KFC Delivery berfungsi memberi kemudahan kepada pelanggan yang sibuk dengan urusan harian, namun ingin menikmati kelazatan ayam goreng dengan rasa sama seperti dinikmati di restoran KFC," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Mee Jiuan berkata, KFC Delivery dibungkus di dalam beg penebat haba, makanan yang dipesan akan kekal panas dan segar sebaik sahaja tiba, melalui penghantaran pantas oleh pemandu-pemandu yang terlatih.

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi talian 1-300-222-888 untuk membuat pesanan mereka melalui panggilan telefon dan yang lainnya, serahkan kepada KFC.

Dalam usaha menjaga kelestarian ekologi bumi, KFC Delivery akan menggunakan skuter elektrik yang mesra alam bagi servis penghantaran mereka.

KFC Delivery akan terus berkembang dan akan menawarkan khidmat penghantaran mereka dengan lebih meluas pada masa akan datang.


(Q & A) OGwhatapp

Salam CG

ada sapa2 ade install apk untuk Ogwhatapp?yang lama sudah expired:">


Kastam buat pengguna pening


Pengguna tetap membayar RM10.60 jika membeli kad tambah nilai RM10 berikutan penangguhan arahan kepada semua syarikat telco untuk mengekalkan harga asal prabayar. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat ramai pengguna pening kepala apabila menangguhkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi (telco) untuk mengekalkan harga asal kad tambah nilai prabayar yang dijadualkan berkuat kuasa hari ini.

Penangguhan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad pada satu sidang akhbar kelmarin memberi arahan kepada semua syarikat telco supaya menjual kad tambah nilai prabayar sama seperti ketika pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini.

Jika kad prabayar itu bernilai RM10, maka pengguna sepatutnya akan membayar RM10 mulai hari ini.
Biz Bonanza Deal. The Only Broadband Deals for SMEs

Khazali dalam satu ke*nyataan di sini semalam berkata, penangguhan itu selaras pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memaklumkan kajian mengenai layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat telco.

“Arahan Ketua Pengarah Kastam bertarikh 28 April 2015 kepada syarikat telekomunikasi mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei ini adalah ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, di Pulau Tioman, Rompin, Pahang, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pelaksanaan harga asal kad prabayar mustahil dilaksa*nakan hari ini ke*rana ia melibatkan isu teknikal.

Beliau menjelaskan, syarikat telco perlu membuat konfigurasi terhadap sistem dan perisian komputer di seluruh negara yang akan mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan.

“Bayaran kad prabayar ini juga melibatkan pembayaran melalui bank serta pembayaran secara elektronik selain ia melibatkan seramai 30,000 ejen di seluruh negara. Perubahan perisian serta sistem perlu dilakukan bagi memastikan ia berjalan dengan lancar,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Tekek semalam.



sumber:http://ift.tt/1vqvcs8


UMP cipta kit antihisteria


seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang diserang histeria dalam kejadian yang berlaku pada 7 Ogos 2008.

PUTRAJAYA – Universiti* Malaysia Pahang (UMP) melangkah setapak lagi dalam bidang inovasi apabila mencipta kit antihisteria yang mampu menyembuhkan individu yang dirasuk makhluk halus menggunakan kaedah sains dan perubatan Islam.

Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP, Dr. Mahyuddin Ismail berkata, tiga penyelidik mengambil masa dua tahun untuk melakukan kajian dengan menjadikan 11 buah institusi pengajian dan jabatan kerajaan yang sering di*serang histeria sebagai tempat untuk menguji keberkesanan kit tersebut.

Katanya, antara bahan yang digunakan termasuk, asid formik, cecair lada hitam, ubat sedut amonia, air ruqyah, penyepit jari kaki dan lain-lain.

“Kita juga bekerjasama dengan Pusat Rawatan Islam al-Manarah di Rawang, Selangor yang telah lebih 20 tahun menjalankan kegiatan me*rawat mangsa gangguan makhluk halus. Bahan yang digunakan lebih bersifat moden, mesra pengguna dan patuh syariah.

“Setiap set dijual pada harga RM8,750 termasuk bimbingan pengurusan risiko dan keselamatan serta khidmat rawatan pakar sekiranya kes tidak selesai atau bantuan kecemasan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kit tersebut di Kementerian Pendidikan di sini semalam.


sumber:http://ift.tt/1s3c5TW


Bimbang gambar bogel disebar teman lelaki, wanita serah RM65,000


Wajah seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ugut dan tipu yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju disini, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Seorang kasanova laman sosial berumur 21 tahun menipu dan mengugut kenalannya sehingga menyebabkan kerugian wang tunai sebanyak RM65,000 dalam kejadian di Taman Setapak Jaya sejak 21 April.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata suspek dikenali sebagai Kong Hou Woon, No kad pengenalan: 940612-01-6629 dan alamat terakhirnya No. 11, Jalan Cantik 2, Taman Cantik, 86200 Simpang Rengam, Johor.

Suspek dan mangsa yang berusia 20 tahun mula berkenalan melalui laman sosial WeChat sejak bulan lepas.

“Dalam kejadian pertama, pada 10 pagi 21 April itu, suspek datang ke rumah mangsa di Taman Setapak Jaya dan mengugut mangsa dengan sebatang besi hitam sebelum meminta mangsa menyerahkan sejumlah RM30,000.

“Suspek mengugut jika mangsa enggan berbuat demikian, dia akan bertindak menyebarkan gambar bogelnya ke dalam internet. Mangsa yang takut, kemudiannya pergi ke bank sebelum mengeluarkan duit itu dan menyerahkan kepada suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, hari ini.

Mohamad Roy berkata keesokannya, suspek sekali lagi pergi ke rumah mangsa dan meminta wang RM35,000 lagi dengan menggunakan taktik yang sama bagi menakutkan mangsa.

Hasil maklumat daripada mangsa, siasatan polis mendapati suspek pernah menipu kenalan lain di laman sosial sebelum ini.

Selain itu, suspek juga dikehendaki polis dalam dua kes di Johor iaitu di Taman Pelangi dan Kulai.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu menghubungi Insp Fakrul Razi Mohd Sayuti di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222. – BERNAMA


http://ift.tt/1OKkLLV


platinaclix

have a look $0.02 per click
http://ift.tt/1Q4mI31:)


6 lelaki didakwa terlibat keganasan


ENAM lelaki dikawal oleh anggota polis atas tuduhan secara bersama-sama merancang kegiatan keganasan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/ SAFRIZAL AZMI

ALOR SETAR 30 April - Enam lelaki termasuk dua beranak dan seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan terlibat dengan kegiatan keganasan di negara ini.

Murad Halimmuddin Hassan, 49, dan anaknya, Abu Daud, 25, serta empat lagi, Nor Azmi Jalani, 28, Mohd. Yusri Mohamed Yusof, 29, Hadharami Hashim, 38, dan warga asing terbabit, Ali Saifuddin, 28, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Rusita Md. Lazim.

Murad Halimmudin merupakan pengusaha kedai perkakasan manakala anaknya seorang peniaga, Hadharami pembantu tahfiz, Ali juruwayar sementara Mohd. Yusri dan Nor Azmi masing-masing anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mengikut pertuduhan, keenam-enam mereka didakwa berpakat mempromosikan perbuatan keganasan di negara ini di No. 61, Pengkalan Batu Hampar, Mukim Air Putih, Pendang, dekat sini antara 30 Januari dan 5 April lalu.

Tindakan mereka itu bertentangan dengan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan dan satu kesalahan mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 30 tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Di mahkamah sama, Murad Halimmuddin turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas di tempat yang sama pada 29 Mac lalu.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 130J(1)(b) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Murad Halimmuddin hanya tersenyum dan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan itu dibacakan dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwaan negeri, Salim Soib sementara kesemua tertuduh diwakili peguam, Mohd. Sharif Mat dan Mohd. Zainuri Zahir.

Salim berkata, tidak ada sebarang jaminan ditawarkan kerana kesalahan yang didakwa dilakukan tertuduh tergolong dalam kesalahan keganasan dan beliau memohon tarikh sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu arahan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Rusita kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan sebutan semula kedua-dua kes itu pada 31 Mei ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan seramai 17 anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) yang ditahan polis sedang merancang untuk menculik orang kenamaan serta melakukan serangan ke atas beberapa lokasi strategik di Lembah Klang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek berusia antara 14 dan 49 tahun itu ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism (CTD) Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar ibu negara dan Kedah ketika mengadakan pertemuan sulit.


Galak wanitabekerja dari rumah


ROHANI ABDUL KARIM (tiga dari kanan) mengambil gambar selfie bersama pelajar-pelajar yang terlibat dalam Kempen Keseimbangan Hidup Bekerja Work Hard, Play Hard di Auditorium Pusat Khidmat Maklumat Akademik, UNIMAS, di Kota Samarahan, Sarawak, semalam. UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KOTA SAMARAHAN 30 April - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merancang memperkenalkan Program Aturan Kerja Fleksibel atau Keseimbangan Hidup Bekerja kepada golongan wanita bekerjaya di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ini bagi membolehkan mereka mempunyai masa berkualiti bersama keluarga tanpa menjejaskan produktiviti.

Kata beliau, sebagai permulaan, program itu sudah diperkenalkan kepada kira-kira 100 pegawai wanita dipilih di kementerian berkenaan sejak Mac lalu.

Menurutnya, di bawah program itu, pegawai terpilih iaitu yang mempunyai markah penilaian 85 peratus ke atas diberi tiga pilihan waktu bekerja.

“Program Aturan Kerja Fleksibel atau Keseimbangan Hidup Bekerja ini bermula di kementerian ini sendiri mulai 1 Mac lalu.

“Di bawah program ini, kira-kira 100 pegawai kumpulan pertama dipilih diberi tiga pilihan waktu bekerja yang dikira bersesuaian dan selesa bagi mereka iaitu pertama, bekerja dari rumah, masa fleksibel (pilihan kedua) dan minggu kerja yang mampat (pilihan ketiga),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Keseimbangan Hidup Bekerja anjuran pelajar tahun tiga Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Pusat Khidmat Maklumat Akademik Unimas di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pembangunan Manusia) Unimas, Prof. Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim serta Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Unimas, Abang Ekhsan Abang Othman.

Rohani berkata, selain pilihan pertama iaitu bekerja dari rumah, pegawai yang memilih masa fleksibel dibenarkan masuk bekerja lewat bagi membolehkan mereka menguruskan kerja rumah, anak dan suami pada sebelah pagi sebelum pergi ke pejabat.

“Mereka bagaimanapun dikehendaki pulang lewat bagi memastikan bekerja dalam tempoh masa sama seperti kakitangan lain. "Pilihan ketiga iaitu minggu kerja yang mampat pula membenarkan pegawai terlibat bekerja selama empat hari seminggu dalam tempoh masa panjang tetapi mempunyai satu hari tambahan untuk dihabiskan bersama keluarga,” katanya.

Menurut Rohani, kumpulan pertama dipilih menyertai program terbabit diberi tempoh tiga bulan untuk memilih masa bekerja yang paling sesuai dan sekiranya menunjukkan kesan positif, program sama dicadangkan diperkenalkan kepada lain-lain jabatan di negara ini.

Beliau berkata, pilihan bekerja yang diperkenalkan melalui program tersebut sudah banyak dipraktikkan oleh wanita bekerja di negara maju seperti Sweden dan United Kingdom memandangkan kecanggihan gajet masa kini yang memudahkan kerja pejabat dibuat di mana-mana sahaja.

Dalam perkembangan lain, Rohani berkata, Program ‘Second Peak’ yang diuruskan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bagi menarik minat wanita profesional yang berhenti kerja kerana mahu menguruskan keluarga, kembali bekerja mendapat sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan Mac lalu.

“Melalui program ini, kita berjaya membawa ramai wanita Malaysia yang profesional seperti doktor dan jurutera yang bekerja di luar negara dan berhenti sebelum ini, pulang ke tanah air untuk bekerja semula,” katanya.


PM lawat bengkel OKU paling berjaya


Najib TUN RAZAK bersama Nor Azitah Abdul Rahman (dua dari kiri) dan Baharom Embi (tiga dari kiri) bergambar sewaktu melakukan tinjauan mesra di Bengkel 2H Auto Workshop kelolaan Zaharul-Lail Alang Teh, yang menerima manfaat melalui Program TEKUN. Bengkel berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Zaharul, usahawan OKU paling berjaya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 30 April – Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat 2H Auto Workshop yang diusahakan oleh orang kurang upaya (OKU), Zaharul-Lail Alang Teh di Kampung Baru di sini hari ini.

Dalam lawatan mengejut itu, Perdana Menteri turut beramah mesra dengan pekerja-pekerja bengkel membaiki kenderaan tersebut yang terdiri daripada golongan OKU.

“Sebentar tadi saya melawat bengkel 2H Auto Workshop yang dikelolakan oleh Zaharul, antara pengusaha OKU paling berjaya di Kampung Baru.

“Bengkel ini telah menerima manfaat daripada program Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang bermatlamat untuk membantu golongan bumiputera memulakan atau memajukan perniagaan mereka,” katanya melalui laman Facebook beliau hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi TEKUN, Nor Azitah Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Baharom Embi.

Antara penerima dana TEKUN yang menyertai lawatan tersebut ialah pengusaha makanan sejuk beku, Fatihah Anis Ibrahim; pemilik kilang perabot, Rugayah Malik; pengusaha cenderahati, Rozalfikar Abdul Rahman dan pengusaha pakaian, Kornia Naiee.

Selepas lawatan berkenaan, Perdana Menteri seterusnya menikmati juadah makan tengah hari bersama beberapa pengusaha TEKUN di Restoran Matahari, Kampung Baru.

TEKUN telah mengagihkan pinjaman berjumlah RM3.34 bilion kepada 399,769 penerima di seluruh negara sejak penubuhannya pada 1998 hingga 31 Mac lalu.

Dalam pembentangan Bajet 2015 tahun lalu, Najib mengumumkan, TEKUN menyediakan dana sebanyak RM500 juta untuk disalurkan kepada usahawan yang layak.


Restoran pertama didakwa kerana GST


RAJA BUNESH BAGAM KAMARUDEEN diiringi anggota polis di Mahkamah Sesyen selepas Restoran Hameeds Corner miliknya didakwa atas lima pertuduhan di bawah Akta GST di Shah Alam, semalam. UTUSAN/KAMAL BASIR WAHAB

SHAH ALAM 30 April - Sebuah restoran di Seksyen 16 di sini merupakan premis pertama di negara ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lima pertuduhan membabitkan kesalahan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Restoran Hameeds Corner berdepan dengan tuduhan mengeluarkan kira-kira 2,000 invois cukai yang tidak mengandungi butir yang ditetapkan mengikut Seksyen 22 Peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, bulan lalu.

Walau bagaimanapun restoran berkenaan yang diwakili pemiliknya, Raja Bunesh Bagam Kamarudeen, 38, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Restoran Hameeds Corner di No. 3-1-1 Suria Avenue Apartment 16/2, Seksyen 16, di sini pada 7 April sehingga 11 April lalu.

Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Hazril Harun mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 33(2) (b) Akta GST (Akta 762) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 96 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda sehingga RM30,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan mencadangkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin terhadap wakil syarikat tersebut.

Namun peguam, Cullin Andrew yang mewakili restoran berkenaan membantah dengan alasan kes tersebut tidak memerlukan sebarang ikat jamin kerana membabitkan saman terhadap premis.

Katanya, sebelum ini anak guamnya telah mengemukakan bon RM15,000 kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Mahkamah kemudian membenarkan pemilik restoran itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei untuk sebutan semula kes.


Husni ketuai delegasi Malaysia ke Azerbaijan


Ahmad Husni

KUALA LUMPUR 30 April – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, akan mengetuai delegasi Malaysia ke beberapa mesyuarat, termasuk Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN+3 Ke-18 di Azerbaijan, pada 3 hingga 5 Mei ini.

Acara lain termasuk Mesyuarat Gabenor Bank Pusat (AFMGM+3) dan Mesyuarat Agung Tahunan Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Asia (ADB) yang turut diadakan di Baku, ibu negara Azerbaijan, kata ke Kementerian Kewangan dalam kenyataan, hari ini.

Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ADB serta AFMGM+3 itu penting bagi mengesahkan lagi komitmen ke arah pemantapan kerjasama serantau selain memastikan kestabilan kewangan di rantau ini.

Malah, selaras kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Ahmad Husni akan mempengerusikan bersama mesyuarat AFMGM+3 dengan Timbalan Perdana Menteri Korea Selatan yang juga Menteri Kewangan dan Strategi, Dr. Kyunghwan Choi. – BERNAMA

Ahmad Husni


Kemeriahan tiga karnival serentak




MUAR 30 April - Suasana di bandar ini yang dikenali sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja baru-baru ini sibuk, sesak, riuh-rendah dan meriah dari pagi hingga malam dengan berlangsungnya tiga karnival serentak.

Tiga program itu adalah Karnival Road To Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), Karnival Johor Corporation 2015 dan Karnival Jambatan Sultan Ismail yang dianjurkan sempena sambutan Kemahkotaan Sultan Johor.

Ekoran karnival berkenaan, beberapa jalan utama ditutup termasuk Jambatan Sultan Ismail yang merupakan ikon di bandar ini yang didirikan gerai jualan yang menjual produk industri kecil dan sederhana (IKS) selain hasil tani dan perikanan serta zoo mini untuk pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed semasa merasmikan HPPNK berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan dan ilmu yang bermakna terutama dalam bidang pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani kepada orang ramai.

“HPPNK juga membuka peluang niaga kepada orang ramai supaya melihat sendiri kejayaan dan transformasi dalam sektor pertanian. Ini adalah usaha kerajaan dalam mentransformasikan bidang pertanian menjadi sektor yang lebih dinamik, kompetitif dan produktif,” katanya.

Lebih menarik HPPNK bukan sahaja dikunjungi orang ramai, malah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut meluangkan masa melawat gerai-gerai tersebut.

Kunjungan mengejut Sultan Johor itu menarik perhatian peniaga dan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan baginda serta sempat melakukan demonstrasi menoreh getah.

Selain HPPNK, Karnival Johor Corporation di Dataran Tanjung Emas turut menjadi tumpuan pengunjung yang menempatkan lebih 30 gerai, terutamanya milik Johor Corporation (JCorp) yang banyak menyumbang kepada ekonomoi dan pembangunan negeri ini.

Selain berpeluang melihat pencapaian dan kejayaan JCorp dan anak syarikatnya, orang ramai khususnya golongan muda tidak melepaskan peluang mengisi borang untuk mengisi kekosongan 1,000 jawatan yang ditawarkan serta mendaftar untuk mengikuti kursus yang ditawarkan di Universiti Kolej KPJ dan Kolej Antarabangsa KFCH.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, karnival itu merupakan inisiatif pihaknya untuk merapatkan hubungan, memberi pelbagai maklumat tentang akti-viti perniagaan, penyertaan dalam pembangunan negeri dan tanggungjawab korporatnya sejak ditubuhkan 45 tahun lalu.

“Pengunjung bukan sahaja berpeluang menyertai pelbagai acara yang disediakan, malah yang paling utama membuka peluang dan ruang kepada masyarakat mengenali JCorp dengan lebih dekat,” katanya.

Karnival itu dirasmikan serentak dengan pelancaran akhbar jawi, Utusan Melayu Mingguan oleh Sultan Ibrahim. Yang turut berangkat Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; puterinya, Tunku Tun Aminah; Tunku Temenggong, Tunku Idris dan Tunku Putera, Tunku Abu Bakar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

JCorp turut menganjurkan Program Jalinan Ukhuwah An-nur Semarak Jawi dengan aktiviti seperti Coretan Jawi, Jelajah Jawi, iaitu pencarian harta karun untuk menguji kemahiran peserta dalam memahami tulisan jawi serta Pertandingan Tulisan Jawi dan Khat untuk menyubur serta membudayakan tulisan jawi dalam kalangan generasi muda, seiring inisiatif JCorp menaja penerbitan semula Utusan Melayu Mingguan dalam bentuk cetak sebanyak 10,000 naskhah setiap minggu.

Sementara itu, lebih 15,000 pengunjung membanjiri Karnival Jambatan Sultan Ismail selama 12 jam dengan empat acara menarik bermula serentak iaitu pertunjukan bunga api, Perarakan Bot Berhias, Perarakan Karnival Jambatan Sultan Ismail dan Konsert Mini yang dijayakan beberapa artis termasuk Syura, J. Sham dan Nizam Laksamana.

Dianggarkan lebih 40,000 orang memeriahkan tiga karnival itu yang bukan sahaja dikunjungi warga Muar, malah dari Ledang dan Melaka.


Nasi ayam, limau suam juadah makan tengahari DS Najib




KUALA LUMPUR: Hanya hidangan nasi ayam dan air limau suam diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa menjamu selera bersama beberapa penerima bantuan TEKUN pada tengah hari tadi di Restoran Matahari di sini.

Pemilik restoran itu, Umi Abd Kadir, 51, ketika ditemui di restorannya yang terletak di Kampung Baru di sini, menceritakan betapa teruja beliau dan rasa tidak percaya bahawa pemimpin nombor satu negara itu sudi berkunjung ke restorannya untuk menikmati makan tengah hari.

"Sebenarnya, saya sudah dimaklumkan oleh wakil daripada pihak perdana menteri menerusi panggilan telefon beberapa hari sebelum ini bahawa Datuk Seri Najib akan makan tengah hari di sini selepas program TEKUN (Program Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga).

"Saya berkata kepada wakil berkenaan: 'Eeh betul ke ni?' Perasaan takut dan teruja timbul di hati saya selepas menerima panggilan berkenaan," katanya.

Umi juga menceritakan bahawa tiada hidangan istimewa yang dimasak kerana menyangka bahawa Najib tidak jadi hadir ke restorannya.

Mengenai cara melayan pemimpin negara itu, Umi berkata ia mudah kerana perdana menteri cukup merendah diri dan tidak mahukan layanan istimewa sebagai orang penting dalam negara.

"Pada mulanya saya cukup risau dan terfikir: 'Cerewet ke perdana menteri ini?' Beliau pemimpin negara dan restoran saya biasa-biasa sahaja.

"Namun sangkaan saya meleset kerana Datuk Seri Najib tidak memerlukan sebarang layanan yang istimewa, malah hidangan nasi ayam dan minumannya juga dihidangkan menggunakan perkakas sedia ada seperti yang digunakan pelanggan lain," katanya yang turut menyajikan kuih Talam Keladi dan Seri Muka kepada Najib.

Umi yang pertama kali bersemuka dengan Najib meluahkan kekaguman terhadap pemimpin itu kerana baginya Najib seorang pemimpin yang mudah didekati.

"Datuk Seri Najib ini apabila saya tengok di kaca televisyen cukup berbeza ketika beliau berada di depan mata. Beliau juga mudah berkawan dengan semua orang. "Beliau juga cukup mesra dan kami di sini gembira dengan kehadirannya.

Semua pekerja dan saya sendiri tidak melepaskan peluang bergambar bersamanya," kata Umi yang menetap di Damansara. Kunjungan Najib ke Kampung Baru itu adalah lawatan secara mengejut ke Bengkel Harun Halim Auto Ent yang dikelolakan pengusaha Orang Kurang Upaya sebelum singgah makan tengah hari di restoran berkenaan.

Menerusi entri di Facebooknya, Najib turut memuatkan gambar ketika sedang menikmati makan tengah hari di Restoran Matahari itu bersama beberapa pengusaha TEKUN yang lain. - BERNAMA


Selanjutnya di : http://ift.tt/1bYzPVd


Reviewing Your Trading Journal

After a good number of trades, you will have collected a lot of fancy-schmancy data and observations on the market and yourself…how do you analyze it all??

Again, it’s pretty simple:

Find what works and keep doing it
Find out what doesn’t work and stop doing it.

And finding what works and doesn’t work is all about keen observation and asking the right questions. Refine your analysis of your trading results by breaking them down to smaller categories, such as day of the week or specific currency pairs.

Here’s a sample of the types of questions you should be asking yourself when you review your journal:

Which chart patterns or technical indicators work out best for you? Which do not?

How can you adjust your indicators to get you in trades earlier, or help you avoid whipsaws and fakeouts?

Are you closing winning trades too early? Is it that you need to adjust your profit targets or are you afraid of losing your unrealized gains?

Do you hold onto losing trades longer than you should? How can you improve your stop-loss processes?

How often do you follow your trading plans? Of the ones you do follow, have you been profitable?

What trade setup did you miss, or not take, and why? Was it a legitimate signal or setup according to my method or system?

What could you have done differently to make prevent/reduce this loss or maximize your gain?

Are you winning more on trades with multiple lots or single lots?

What kind of market environments have you been doing well in? Trending or ranging?

Were most of your wins or losses biased towards certain currency pairs?
Which news events have brought on the kind of volatility you were looking to trade or avoid?

Which trading sessions have been the most favorable to your trading style?
Are you losing trades concentrated on certain days of the week, such as Mondays and Fridays?

Questions like these can help you quickly filter out the actions that have kept you from making some pips.

In the beginning, the idea is to get to the point where you have figured out what works for you and to only do those things.

Once you have figured out those right things, the next step is to consistently practice those actions that work until it becomes a habit.

Finally, persistent journaling will help keep you on top of your performance and help you recognize when the markets change–and yes the markets are always changing.


Al-Fatihah..Julie Dahlan meninggal dunia



Kuala Lumpur: Penerbit filem terkenal Julie Dahlan meninggal dunia 7.30 malam tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dideritainya sejak beberapa tahun lalu.

Menurut penyanyi, Datuk Hattan yang juga biras kepada anaknya, Hani Harmi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang .

Difahamkan, Hani dan suaminya turut berada di sisi Allahyarham.

Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Ampang.

Julie atau Junaidah Dahlan, 62, menghidap pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah penglihatan.

Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitannya seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995).


- See more at: http://ift.tt/1bYjq2P


10 dipenjara seumur hidup kerana bunuh aktivis


Malala Yousafzai

SWAT - PAKISTAN . Mahkamah Pakistan telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada 10 lelaki atas tuduhan menembak seorang aktivis pendidikan, Malala Yousafzai.

Malala, yang berusia 15 tahun pada ketika itu ditembak di kepala oleh lelaki bersenjata Taliban di Lembah Swat yang pada tahun 2012.

Malala pernah dianugerahkan Anugerah Nobel Keamanan 2014 atas usaha menentang penindasan terhadap kanak-kanak serta hak bagi mendapatkan pendidikan kepada semua kanak-kanak.

Memetik laporan BBC, seorang pegawai berkata, 10 lelaki yang didakwa adalah tidak termasuk ketua suspek yang merupakan ahli kumpulan Pakistan Taliban.

Ataullah Khan, 23 tahun dikenalpasti melalui laporan polis yang dibuat semasa kejadian tembak itu tetapi dia tidak tersenarai dalam 10 orang yang disabitkan.

Mereka dibicarakan di Mahkamah anti keganasan di Swat.

Seorang pegawai Pakistan percaya pemimpin Taliban, Mullah Fazlullah mengarahkan serangan yang dipercayai berada di Afghanistan.

Malala, kini 17, telah dirawat di United Kingdom dan kini menetap di Birmingham dengan keluarganya dan tidak dapat kembali ke Pakistan kerana ancaman bunuh oleh puak Taliban.

Dua daripada rakan-rakan kelasnya juga cedera dalam serangan tersebut.


Patuhi enakmen hiburan elak disenaraihitamkan


Md Anizam

KOTA BHARU - Kerajaan negeri memberikan peringatan tegas terhadap pemegang dan pemohon lesen hiburan di jajahan supaya mengikuti Enakmen Kawalan Hiburan 1998 supaya tidak disenaraihitamkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, akhir-akhir ini didapati di kawasan kampung, ada yang melanggar syarat di bawah enakmen tersebut.

"Sebagai contoh, ada yang memohon permit dikir barat tetapi memasukkan unsur tidak sepatutnya seperti perempuan berdangdut, membuat hiburan secara terbuka dengan mengenakan tiket dan seksi. Ini menjadi kesalahan.

"Kerajaan negeri ingin mengingatkan kembali yang kami tidak pernah melarang aktiviti kesenian tetapi biarlah mengikut peraturan," katanya kepada media, semalam.

Md Anizam berkata, pegawai di peringkat jajahan telah memberikan nasihat kepada penganjur aktiviti hiburan dan setakat ini akur sekiranya tidak dibenarkan menganjurkan persembahan.


Jahara bidas lima Adun DAP


Jahara Abdul Hamid

GEORGETOWN - Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid hari ini membidas tindakan lima Anggota Dun daripada DAP yang bertindak melanggar peraturan apabila tidak memakai pakaian rasmi pada istiadat perasmian mesyuarat pertama, penggal ketiga persidangan Dun Ke-13 hari ini.

Jahara berkata, tindakan kesemua Adun itu yang hanya mengenakan sut berwarna hitam dan berbaju kurung jelas menonjolkan sikap dan perbuatan mereka yang tidak menghormati Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

"Saya tidak tahu mengapa mereka sering melanggar peraturan, tetapi ia sudah menjadi amalan dalam kalangan anggota DAP sejak 2008 lagi dengan tidak mengenakan pakaian rasmi ketika menghadiri upacara perasmian Dun," katanya kepada pemberita selepas perasmian penggal ketiga sidang Dun di sini.

Jahara yang juga Adun Teluk Air Tawar turut melahirkan rasa kecewa terhadap Speaker Dun, Datuk Law Choo Kiang yang dilihat tidak menggunakan kuasanya untuk menegur anggota dewan yang tidak mengenakan pakaian rasmi.

Pada majlis perasmian itu lima Adun yang tidak memakai pakaian rasmi ialah Adun Seri Delima, RSN Rayer, Soon Lip Chee (Jawi), Yap Soo Huey (Pulau Tikus), Lydia Ong Kok Fooi (Berapit) dan A. Tanasekharan (Bagan Dalam).

Dalam perkembangan lain, Jahara turut bersetuju dengan saranan Abdul Rahman untuk membina bangunan Dun baharu yang lebih menjamin keselesaan dan serba moden.

Katanya BN sebelum ini pernah mencadangkan pembinaan bangunan baharu itu memandangkan bangunan sedia ada sudah tidak mampu untuk menampung kapasiti pertambahan bilangan kawasan Dun sedia ada.

"Selain memerlukan ruang pejabat yang lebih selesa, kita juga harus memikirkan faktor kedudukan Dun yang selamat. Ini kerana sekarang ini kita berada di lokasi yang agak mudah untuk dibolosi oleh orang luar yang boleh melakukan perkara yang di luar jangkaan," katanya.

Terdahulu Abdul Rahman dalam ucapan perasmiannya menyarankan agar kerajaan negeri membina bangunan Dun yang baharu bagi menampung pertambahan jumlah kawasan Dun. - Bernama


MaxisOne tanpa had dengan tiga tawaran baharu


MaxisOne

MAXISONE telah melancarkan tiga tawaran baharu iaitu penstriman tanpa had dan akses percuma ke Spotify Premium, keupayaan untuk memancarkan siaran dari peranti ke dalam televisyen dengan Chromecast dan berkongsi data internet melalui Pelan MaxisOne Share.

Ketua Perniagaan Pengguna, Dushyan Vaithiyanathan, berkata majlis hari ini tidak sahaja melancarkan tawaran tersebut tetapi untuk menunjukkan, peranti syarikat itu mempunyai kepelbagaian.

"Anda boleh melakukan banyak perkara melalui MaxisOne tanpa had," katanya pada majlis pelancaran produk itu.

#MusicNow dengan Spotify Premium membolehkan semua pengguna Maxis dan Hotlink dengan pelan internet mudah alih 1Gb ke atas membuat penstriman muzik daripada Spotify Premium tanpa had dan tanpa caj data mulai 30 April hingga 31 Julai.

"Mereka juga boleh mendapatkan aplikasi bernilai RM14.90 secara percuma dalam tempoh itu secara eksklusif daripada Maxis," kata Vaithiyanathan.

Maxis menjadi syarikat pertama yang memasarkan Chromecast Google di Malaysia, sejenis alat mudah alih 'Plug and Play' yang membolehkan pengguna memancarkan laman web popular seperti Youtube, permainan, foto dan filem penuh daripada peranti peribadi kepada televisyen.

Peranti Chromecast ini boleh dibeli di semua pengedar dan pusat Maxis dengan harga RM150 bagi pelanggan pelan MaxisONE sedia ada dan RM170 untuk pelanggan Maxis biasa mulai 23 April hingga 31 Mei 2015 atau sementara stok masih ada.

Pelanggan pelan MaxisOne juga sekarang ini boleh berkongsi masa berbual serta khidmat pesanan ringkat kepada mana-mana telefon mudah alih atau talian tetap, dan apa-apa jumlah data dengan orang lain dengan MaxisOne Share.

"Jika anda bukan pelanggan pelan MaxisOne, anda boleh membuat pendaftaran dengan 1Gb data tambahan dan mula berkongsi dengan hanya RM48 setiap bulan.

"MaxisONE Share terbuka untuk semua pelanggan pasca bayar pelan MaxisOne," kata Vaithiyanathan.

Untuk maklumat lanjut pengguna boleh melayari www.maxis.com.my. - Bernama


Print Bendera Walaupun Sehelai Kami Terima

SALAM WARGA CG

BERMINAT NAK PRINT BENDERA SEHELAI ATAU LEBIH?









BUKAN RM2++, BUKAN RM1++.


HUBUNGI- 0136929047 (WHATSAPP)
#jarang on cg , whatsapp fast reply
#tiada design? jgn susah hati. Design charge harga brpatutan. Free untuk design yg simple. (depend artwork.)

FB: Kedai Kadflyerslogo Azd

trm ksh. :)cgrock:)cgrock

SERVIS LAIN
-DESIGN & PRINTING (BISNES KAD,LABEL STICKER & LAIN2)
-DESIGN CAD & 3D PROPOSAL INTERIOR & ARCHITECTURE
-DESIGN LOGO SYARIKAT , BUNTING, BANNER & LAIN2


mercredi 29 avril 2015

Cikgu Matematik gomol pelajar perempuan dalam pejabat dibuang kerja



CHINA – Seorang guru yang dirakamkan mencium seorang pelajar perempuannya berusia 16 tahun, akhirnya dipecat.

Dalam rakaman berkenaan, Xu dilihat turut meraba pelajar tersebut dan dia yang separuh botak itu kemudiannya mencium pelajar itu di tepi tingkap pejabatnya.

Sementara pelajar berkenaan pula beberapa kali cuba mengelak dan turut mengalihkan kepala serta memusing badan ke arah lain.

Namun Xu menarik pinggang remaja berkenaan dan mula mencium lehernya.

Selepas dimuat naik dalam media sosial, ia telah mencetuskan kemarahan orang ramai dengan ada antara mereka meminta tindakan diambil terhadap sekolah berkenaan.

Video itu dirakamkan oleh pelajar sekolah dengan menggunakan telefon bimbit selama 30 saat di sebuah sekolah di Yubei.

Dalam kapsyen video itu tertulis “Guru matematik dirakamkan mencium dan memeluk seorang pelajar perempuan di Chongqing pada 26 April 2015.

Susulan penyebaran video itu, siasatan dijalankan dan selepas mendapati video itu asli, guru terbabit telah dibuang kerja.

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan seperti ini terutama di kalangan guru,” kata salah seorang penyiasat terbabit.


http://ift.tt/1DLSVEC


Lelaki gemuk akan jalani pembedahan buang kulit terlebih seberat 44kg



Gambar sebelum turun berat badan.

SEORANG lelaki yang pernah dinobatkan sebagai lelaki paling gemuk di dunia, bakal menjalani pembedahan yang dapat mengubah hidupnya bagi membuang lebihan kulit sebanyak 44 kilogram selepas berjaya menurunkan berat badan.

Paul Mason, yang berasal dari Ipswich sebelum ini mempunyai berat 444kg, berjaya menurunkan berat badan kepada 292kg melalui pembedahan gastric bypass.

Sejak menjalani pembedahan itu lima tahun lalu, berat badannya mulai turun namun Mason berdepan ujian apabila lebihan kulit pada badannya menjadikan dia hodoh.

Namun rayuannya kepada perkhidmatan kesihatan Britain ditolak kerana pihak terbabit mahu Mason menstabilkan berat badannya terlebih dahulu.

“Saya gembira kini kerana dapat bersiar-siar bersama anjing di jalan dan mahu mendapatkan kerja.

`Saya tidak sabar-sabar untuk sembuh dengan cepat tetapi lebihan kulit ini memberikan kesan kepada hidup saya,” katanya.

Setelah berita mengenai lebihan kulit Mason tersebar di seluruh dunia, seorang pakar pembedahan plastik dari Hospital Lenox Hill di New York, Dr Jennifer Capla menawarkan untuk menjalankan pembedahan itu dengan percuma.

Menurut Capla, beliau sedih melihat Mason terpaksa menjalani kehidupan seperti ini.

Mason kini menetap di Boston dan bakal menjalani pembedahan pada Selasa ini.


http://ift.tt/1zfj9CJ


ChiDB lahir pakar perbankan Islam


Mohd Radzif bergambar bersama tetamu terhormat serta 296 kakitangan SME Bank yang berjaya menamatkan program ChiDB di Kuala Lumpur, semalam.

SELARI dengan sasaran Malaysia sebagai hab kewangan Islam dunia, SME Bank Malaysia Bhd (SME Bank) memperkenalkan Program Chatered Islamic Development Banker (ChiDB) sekali gus meletakkan SME Bank di landasan tepat.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, SME Bank bekerjasama dengan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan anak syarikatnya, Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Keusahawanan (Cedar) bagi membangunkan program itu.

"Program ini yang pertama diperkenalkan dalam segmen kewangan Islam dan dijangka menghasilkan tenaga profesional yang kompeten dalam industri memandangkan modul program ini dibangunkan khas mengikut keperluan dan struktur bank pembangunan.

"Kami berharap inisiatif antara SME Bank dan IBFIM, ia akan membuka platform bank pembangunan lain bagi melahirkan modal insan yang bukan saja memenuhi keperluan industri tempatan tetapi peringkat antarabangsa," katanya selepas majlis pentauliahan kakitangan SME Bank di sini, semalam.

Pada majlis itu seramai 296 kakitangan SME Bank mengikuti ChIDB dan berjaya menyelesaikan program terbabit bagi kumpulan pertama bermula tahun lalu.

Mohd Radzif berkata, ChIDB adalah program yang diwujudkan untuk menyediakan latihan terbaik bagi melahirkan kakitangan dan eksekutif yang cekap dalam industri kewangan Islam.

"Program ini juga menawarkan konsep baharu kepada institusi Pembangunan Kewangan (DFI) sejajar dengan konsep sedia ada seperti jurubank bertauliah dikendalikan Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM) dan Perbankan Islam Bertauliah (CIB)) yang dikendalikan oleh IBFIM.

"Kita percaya inisiatif yang dilaksanakan ini mempunyai potensi untuk menjadi peneraju dan pemain industri utama dalam perbankan Islam dalam dan luar negara," katanya.


Indonesia pertahan hukuman mati


Kenderaan polis mengiringi ambulans membawa mayat penyeludup dadah yang ditembak mati di penjara Nusakambangan, awal pagi semalam.

JAKARTA - INDONESIA. Peguam Negara Indonesia mempertahankan pelaksanaan hukuman mati terhadap tujuh pesalah dadah dengan menegaskan negara itu kini berdepan 'peperangan' melawan dadah.

Tujuh penyeludup dadah terbabit termasuk dua warga Australia ditembak mati skuad penembak Indonesia di penjara Nusakambangan, awal pagi semalam.

"Saya ingin menegaskan bahawa hukuman mati ini bukan satu perkara yang menyenangkan. Namun, kami perlu bertindak untuk menyelamatkan negara daripada bahaya dadah. Dadah boleh mengancam masa depan negara," kata Peguam Negara M Prasetyo.

Selain dua warga Australia iaitu Myuran Sukumaran dan Andrew Chan, empat dari Afrika, seorang warga Brazil serta seorang rakyat Indonesia turut ditembak serentak di Nusakambangan.

Seorang lagi pesalah warga Filipina, Mary Jane Veloso, 30, diberi penangguhan 11 jam atas arahan Presiden Indonesia, Joko Widodo setelah kerajaan Filipina memberikan maklumat bahawa sepasang kekasih yang mengaku menjerat dan menganiayai Mary Jane telah menyerah diri kepada polis di Filipina, kelmarin.

Menurut media tempatan, polis Filipina mengesahkan sepasang kekasih dikenali sebagai Maria Kristina Sergio dan Julius Lacanilao telah mengaku mereka memperdaya Mary Jane dan dijadikan keldai dadah tanpa pengetahuannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Australia memanggil balik dutanya ke Jakarta kerana kesal dengan pelaksanaan hukuman mati terhadap dua warganya meskipun berulang kali membuat rayuan kepada Presiden Joko Widodo - AFP


Stor rahsia bawah kolong kedai makan


STOR haram di bawah kolong kedai makan diserbu.

Kuala Lumpur: Bina stor rahsia di bawah kolong kedai makan. Itu antara taktik terbaru digunakan peniaga untuk menyembunyikan pelbagai produk ubat beracun diseludup dari negara jiran.

Taktik itu digunakan segelintir peniaga ubat-ubatan haram di Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Bot di sini, sebelum berjaya dibongkar pihak berkuasa petang semalam.

Tindakan mereka itu dihidu anggota Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas melakukan intipan di lokasi itu sejak dua minggu lalu. Sumber berkata, stor itu ditemui selepas anggota CPFKL berasa curiga dengan kewujudan sebuah pintu kecil di bawah kedai makan itu.

“Selepas diperiksa, kami menemui puluhan jenama produk dan kosmetik tidak berdaftar yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

“Ia membabitkan produk kosmetik dan perangsang seks mengandungi racun berjadual yang diharamkan berikutan pernah menyebabkan ramai mangsa mengalami keracunan dan dimasukkan ke hospital,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


- See more at: http://ift.tt/1OG9QTq


Syabas tidak lagi terima bil air di kaunter TNB


Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd. (Syabas) tidak akan menerima bayaran bil di semua kaunter pembayaran milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) mulai 1 Jun ini.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Priscilla Alfred berkata, mulai tarikh sama, pembayaran bil elektrik TNB tidak lagi diterima di semua Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat Syabas (OSCS).

"Keputusan itu merupakan hasil rundingan bersama antara Syabas dan TNB," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Priscilla berkata pelbagai saluran pembayaran bil air lain masih memberikan perkhidmatan kepada semua pengguna Syabas bagi urusan pembayaran secara tunai atau cek.

Katanya, pengguna boleh membuat bayaran di beberapa OSCS lain antaranya HSBC Bank Malaysia Berhad, Public Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pos Malaysia Berhad, Mobile Money dan Paylink Global.

Bagi pengguna yang memilih untuk melakukan urusan pembayaran bil penggunaan air di Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat Syabas, Priscilla berkata waktu operasi kaunter berkenaan adalah dari 9 pagi hingga 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat).

Antara lokasi yang boleh dikunjungi adalah Syabas Petaling, Syabas Kuala Lumpur, Syabas Gombak, Syabas Kuala Langat, Syabas Sepang dan Syabas Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Priscilla menasihatkan pengguna agar membuat pembayaran bil mengikut tempoh waktu yang ditetapkan bagi mengelak pemotongan bekalan air. - Bernama


Perbezaan Darah Bekam Dan Derma Darah

Assalamualaikum w.b.t,

perbandingan antara derma darah dan bekam mmg senantiasa dibangkitkan. ianya merupakan satu perkara yg kami tak boleh elakkan sepanjang kami beroperasi.

perkara yg amat biasa dibangkitkan ialah "bila bekam, dah x boleh derma darah" atau sebaliknya. benarkah begitu?

utk mencari jawapannya, mari kita lihat ciri2 derma darah dan juga bekam seperti di bawah –

DERMA DARAH :

- Di permukaan hypodermis
- Terkena pembuluh arteri dan vena
- Darah yang keluar banyak
- Mengeluarkan HDL dan LDL
- mengeluarkan sel darah putih
- Mengeluarkan semua zat, mineral dan vitamin dalam darah yang diperlukan oleh tubuh
- Darah yang keluar adalah darah bersih dan masih berfungsi.

BEKAM:

- Di permukaan epidermis
- tidak kena pembuluh arteri dan vena
- Darah yang keluar sedikit
- Hanya mengeluarkan LDL
- Tidak mengeluarkan sel darah putih
- mengeluarkan zat besi yang berlebihan
- Darah yang keluar adalah darah rosak dan mati yang mengandungi serta mengeluarkan toxin dan CPS dalam darah.

berdasarkan perbezaan cirinya, ternyata derma darah mengeluarkan darah bersih dan yg masih berfungsi berbanding bekam yg hanya mengeluarkan darah kotor dan rosak serta tidak diperlukan lagi oleh badan. dan perlu diingat, dalam darah bersih juga terdapat darah2 kotor yg biasanya akan dicuci semula selepas derma darah dilakukan. dari mana darah kotor dalam saluran darah bersih itu datang?

daripada darah kotor di permukaan epidermis yg tidak dibuang atau gagal dikumuhkan.

maka jika dilihat daripada perbezaan ciri itu tadi, kalau diikutkan boleh je selepas berbekam kita menderma darah. cumanya ada terdapat keadaan di mana selepas berbekam sesetengah pasien merasa sedikit lemah badan ataupun kurang selesa maka satu period masa diperlukan utk memastikan seseorg itu benar2 pulih sebelum menderma darah. namun tak la sampai 6 bulan atau lebih seperti yg sering disebutkan. selepas 2 minggu atau sebulan insya Allah memadai.

wallahu a'lam.

Hubungi kami untuk rawatan bekam anda 016.225.8312
*bekam lelaki & wanita
*100% steril


[wts] dg prepaid broadband for pc and tablet @ rm15

Internet Quota:
1GB @ RM15
2GB @ RM20



1st Come 1st Served !!!!

"Status : Processing >> Orders will be cancelled automatically if payment is not made or without any further notice given for late payment. Thank you."

In Stock
SAME DAY SHIPPING
*On upon successful payment before 1pm
*( Mon - Fri Only )

Fast Shipping
T&C APPLY
100% Satisfation Guarantee
100% Money Back Guarantee

(For Serious Buyers only)
Call / SMS : 013 - 955 0000 / 016 - 955 0000


Isteri seorang yang sangat berpengaruh itu bukan Rosmah, kata LCW


Ayat "isteri seorang yang sangat berpengaruh" dalam laporan panel BWF bagi prosiding kes doping Chong Wei menyebabkan pada awalnya timbul spekulasi Rosmah adalah wanita yang dimaksudkan. - Foto arkib TRP/Siti Syahirah

KUALA LUMPUR, 29 April: Bagi meredakan spekulasi yang makin rancak, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hari ini menafikan wanita yang memberikan ubatan herba yang dipercayai menjadi punca beliau digantung oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) adalah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ya, saya boleh sahkan bukan beliau (Rosmah),” katanya dipetik oleh portal berita Malaysiakini.

Chong Wei turut berkata beliau mahu melupakan perkara itu dan berusaha untuk kembali membanggakan negara melalui pencapaiannya.

Panel tiga ahli BWF pada prosiding kes doping Chong Wei dalam laporan mereka antara lain menyatakan bahawa sekitar tahun 2005, atlit negara itu mula berkawan dengan “isteri kepada seorang yang sangat berpengaruh” di negara ini.

Pada tahun 2007 atau 2008, wanita berkenaan mula memberi bekalan ubatan herba yang bahan mentahnya beliau perolehi sendiri dari luar negara sebelum diproses menjadi pil dan kapsul di sebuah kedai ubatan Cina miliknya di ibu negara.

Berdasarkan laporan BWF, herba dinamakan cordyseps itu lah yang dicemari bahan terlarang dexamethasone yang menyebabkan Chong Wei digantung.

Laporan yang menyebut “isteri seorang yang sangat berpengaruh” itu menyebabkan timbul spekulasi Rosmah adalah wanita yang dimaksudkan memandangkan beliau diketahui peminat dan penyokong kuat Chong Wei, selain merupakan Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Malaysiakini turut memetik sumber yang tidak dinamakan yang mendakwa wanita itu adalah isteri kepada seorang bekas ahli politik terkenal Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun dia tidak tahu herba yang beliau beri telah dicemari bahan yang boleh mengundang masalah kepada Lee.

Sementara itu laporan portal The Star Online pula lebih spesifik apabila menyatakan wanita terbabit dipercayai isteri seorang pemimpin MCA yang sudah bersara.

“Orang yang memberikan saya ubatan herba tradisional Cina itu adalah kawan baik saya dan niat beliau baik. Saya tidak boleh mendedahkan namanya.

“Saya (bagaimanapun) boleh sahkan beliau bukan Datin Seri Rosmah,” kata Chong Wei kepada The Star Online.

Chong Wei digantung lapan bulan oleh BWF setelah ujian ke atas sampel doping beliau yang diambil ketika Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas didapati positif mengandungi dexamethasone.

Hukuman penggantungan yang berkuatkuasa mulai 30 Ogos tahun lepas itu akan berakhir 30 April ini.


Read more: http://ift.tt/1Jacvy3


Eunjung (T-Ara) Dedah Rahsia Kurus Menerusi Video



AHLI kumpulan T-Ara iaitu Eunjung mendedahkan rahsia penurunan berat badannya sebanyak tujuh kilogram menerusi sebuah video.

Eunjung yang mempunyai masalah berat badan sebelum ini memberitahu penurunan itu disebabkan dia mengikuti latihan pilates yang berpanjangan.

"Berat badan saya menurun sehingga tujuh kilogram," kata Eunjung.

Sahabatnya, Hyomin memaklumkan Eunjung mengalami tekanan suatu ketika dulu kerana mempunyai masalah berat badan.

"Eunjung selalu tertekan dengan bentuk badannya dan kini dia kembali gembira kerana mempunyai susuk tubuh yang ramping", kata rakannya itu.

Video sedutan yang untuk program '4 Things Show' itu menunjukkan Eunjung sedang menjalani pergerakan pilates.

http://ift.tt/1JacsSE


Kad prabayar kekal harga lama


KHAZALI AHMAD semasa mengadakan sidang akhbar mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Putrajaya, semalam. UTUSAN/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 29 April - Semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep tax inclusive (termasuk cukai) berkuat kuasa 1 Mei ini, seperti rejim cukai sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, sehubungan itu, surat arahan berhubung perkara berkenaan telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut.

Beliau berkata, melalui arahan terbaharu itu, setiap harga kad prabayar telah termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kaedah tersebut sama seperti penguatkuasaan cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 tanpa sebarang caj tambahan.

“Oleh itu sekiranya harga kad prabayar itu RM10 akan kekal RM10 (termasuk GST). Sebenarnya sebelum pelaksanaan GST penjualan kad prabayar telah pun mempunyai elemen cukai iaitu cukai perkhidmatan.

“Justeru, sistem yang sama akan digunakan oleh syarikat telekomunikasi dalam melaksanakan GST. Jangan pula nanti apabila harga satu kad prabayar RM10, ejen-ejen pula yang mengenakan GST. Jika berlaku kita akan kenakan tindakan terhadap mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Isu itu mula tercetus apabila syarikat-syarikat telekomunikasi memutuskan untuk mengenakan caj enam peratus GST pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa serta-merta tetapi pada masa sama, pelanggan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar melebihi cukai enam peratus, awal bulan ini.

Bagaimanapun, isu kad tambah nilai prabayar yang dikenakan GST itu menjadi hangat apabila pengguna enggan membayar caj tambahan yang dikenakan.

Rentetan daripada itu Pengarah Bahagian GST JKDM, Datuk T. Subromaniam telah membayangkan bahawa pengguna perkhidmatan telekomunikasi prabayar mungkin akan menikmati semula kadar asal yang dibayar sebelum ini bagi membeli kad tambah nilai walaupun dikenakan GST.

Khazali berkata, hakikatnya para pengguna negara ini khususnya golongan muda mahukan harga asal kad prabayar dikekalkan iaitu harga sebelum pelaksanaan GST pada 1 April lalu.

“Ini semua yang difikirkan dalam usaha kita memberi kemudahan terutamanya kepada golongan muda yang memang sentiasa menggunakan telefon. Kita prihatin tentang masalah mereka lebih-lebih lagi golongan pelajar.

“Bagi mereka jika harganya RM10, mereka mahu bayar RM10 dan bukannya RM10.60. Mereka mahu seperti mana harga sebelum 1 April. Oleh itu pihak syarikat telekomunikasi perlu akur dengan kehendak ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta pengguna melaporkan kepada pihak kastam sekiranya arahan tersebut gagal dipatuhi oleh syarikat telekomunikasi.

“Arahan kastam jelas mulai 1 Mei syarikat telekomunikasi mesti mula mengenakan atau melaksanakan GST seperti mana mereka laksanakan semasa rejim cukai perkhidmatan yang lalu. Tiada alasan sama ada stok baharu atau stok lama,” katanya.

Berhubung masa berbual, jumlah SMS serta kadar Internet dalam satu kad prabayar beliau berkata, perkara itu diserahkan kepada syarikat telekomunikasi.

Dalam perkembangan lain ketika mengulas kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini bahawa harga bagi satu kad prabayar RM10 akan dijual dengan RM10.60 disebabkan GST dan bukan seperti diumumkan oleh JKDM, Subromaniam menegaskan, segala urusan berkaitan cukai itu tertakluk di bawah bidang kuasa kastam.

“Kastam merupakan pentadbir cukai di negara ini,” tegasnya ketika dihubungi.


Hukum peniaga menipu


ROMPIN 29 April - Kabinet mengarahkan Jabatan Peguam Negara mempercepatkan proses pendakwaan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati menipu pengguna berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini berikutan tindakan sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan dalam pelaksanaan sistem percukaian baharu tersebut sehingga membangkitkan kemarahan rakyat.

Beliau berkata, peruntukan undang-undang berhubung kesalahan tersebut perlu dikuatkuasakan secara menyeluruh bagi menangani perbuatan tidak bertanggungjawab berkenaan.

“Mereka yang salah kena ambil tindakan. Jabatan Peguam Negara tengok kes yang terang-terangan salah, hukum cepat-cepat.

“Kalau peniaga ikut cara betul, jangan takut. Jangan bebankan rakyat dan akhirnya rakyat salahkan kerajaan,’’ katanya ketika berucap dalam majlis pemimpin bersama rakyat di Dataran Rompin di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin dan kepemimpinan parti komponen BN negeri serta Pusat.

Menurut Muhyiddin, pelaksanaan GST yang bermula 1 April lalu sepatutnya membantu rakyat menikmati harga barang yang lebih murah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau beliau, pelaksanaannya juga adalah untuk kekuatan ekonomi negara bagi membolehkan kerajaan melaksanakan pembangunan infrastruktur lebih banyak yang akhirnya faedahnya dinikmati rakyat.

Timbalan Perdana Menteri tidak menafikan pengenalan awal sistem percukaian yang dilaksanakan di lebih 160 negara itu menimbulkan perasaan tidak puas hati segelintir rakyat, namun yakin apabila keadaan stabil, rakyat akan dapat memahami dan melihat kebaikannya.

“Biarlah di peringkat ini orang tidak puas hati. Masalah kita, kerajaan BN baik hati sangat, 160 negara sudah melaksanakan GST, kita yang terakhir,’’ ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN menegaskan, kerajaan tahu, peka dan tidak akan berdiam diri tentang masalah dihadapi rakyat dengan berusaha menyelesaikannya.

Beliau berkata, kebajikan rakyat termasuk usaha menangani peningkatan kos sara hidup menjadi perkara pokok dalam pentadbiran kerajaan BN.

Katanya, BN sentiasa memikirkan cara untuk meningkatkan mutu kehidupan masyarakat di negara ini dalam pelbagai aspek dan perkara itu juga keutamaan yang dibincangkan antara pemimpin parti setiap hari.

“BN peka dengan masalah dan kita tidak akan berdiam diri untuk membiarkan rakyat negara ini susah seperti penduduk di beberapa negara lain,’’ katanya.


Interwrk - interwrk.com

Welcome to Interwrk, an international program where you get paid every day for doing absolutely NO work!
That’s right – Free Money!
We give some of the highest payouts in the industry.
Check out our FAQ for eligibility requirements. We are International - we support virtually every country that PayPal supports.

Unlike our competition, we pay from a few cents to 20 cents USD every day to your PayPal account by noon USA Pacific Time – 7 days a week, 365 days a year absolutely free.
There are no minimums.
There is NO FEE to join.

Benefits

Get paid daily with Paypal – no minimums
Supports most countries
No work – anyone can do it!
No malware loaded
You pay nothing to join

What is INTERWRK?
INTERWRK is a toolbar that you load to your Firefox browser.
In the background various sites will be visited. There are no clicks, downloads or illegal sites visited at any time.

How do I get free money?
You will load our addon toolbar into your Firefox browser (don't worry we'll walk you step-by-step on installation)

Do I have to work on your program to make money?
No. There is no work involved.

Can I use other browsers?
You only need to use Firefox for using our program and it must be on a laptop, computer, or any device that allows Firefox addons to be loaded.

How much can I make?
When you first sign up, it will start out slow ? you might only make $0.01 USD on the first few days. However, the longer you stay with us the greater amount of money you will make.

Does it cost anything to join?
Absolutely not - it's always free. We never collect any personal information, credit card, bank info, etc.


Get Paid $1 per signup!
Everyone you sign up we will pay you $1! Sign up as many as you want!


Free registration, thank you:

INTERWRK - paying out daily!






Servis emel blaster

Salam..sapa ada buat email blaster?

Kalau ada leh contact saya ya?sy nk guna ..:d:d


suda datang..suda datang..

assalamualaikum warga cg..tumpang lalu orang baru:D
:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock


Kematian gempa bumi mencecah 7,624 orang


Mangsa gempa bumi Nepal.

KATHMANDU - NEPAL . Jumlah kematian dalam gempa bumi 25 April di Nepal meningkat ke 5,020 dan ia dijangka terus meningkat ketika pekerja menyelamat masih berusaha mengeluarkan mayat dari kawasan runtuhan.

Menurut jurucakap kementerian dalam negeri Balbhadra Giri, jumlah itu adalah bagi mayat yang dikeluarkan setakat Rabu petang sementara bilangan yang cedera mencecah 7,624.

Ketika kerajaan menumpukan usaha mencari dan menyelamat, mangsa-mangsa menuduh kerajaan kurang memberi perhatian terhadap kerja pemulihan.

Mereka menunjuk perasaan pada Rabu di Kathmandu atas sikap sambil lewa kerajaan dalam operasi menyelamat dan melakukan pemulihan.

Mereka mendakwa Perdana Menteri, Sushil Koirala sendiri bertanggungjawab atas prestasi yang lembab. - Bernama


3 beradik terpaksa jual kerepek depan bank akan dibantu



Kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang terpaksa menjual kerepek demi mencari rezeki mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru dan orang ramai selepas kisahnya dipaparkan oleh NUSHDHA 07. - Foto ihsan Facebook NUSHDHA 07 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru.

KUALA LUMPUR, 29 April: Kelibat kanak-kanak menjual muruku dan pelbagai jenis makanan ringan untuk mencari wang, bukanlah perkara baru di bandar besar atau menarik minat ramai orang.

Namun, mungkin ramai yang akan tertanya-tanya apabila membaca notis buatan sendiri mengapa kanak-kanak di Johor Bahru ini menjual makanan ringan. Apatah lagi notis berkenaan ditulis dalam bahasa Inggeris yang terang dan berwarna.

Inilah yang dilakukan oleh tiga beradik yang menjual makanan ringan di beberapa lokasi bank di Taman Daya dan juga di sekitar Danga Bay.
Makanan ringan yang dipaket itu dibuat oleh nenek mereka dan dijual dengan harga RM3 sepaket.

Mereka terpaksa meringankan beban keluarga apabila bapa mereka terlibat dalam kemalangan dan kini terlantar sakit.

Pendapatan mereka sehari di antara RM30 dan RM50.

Menurut posting NUSDHA 07 yang menyiarkan kisah mereka berkata, dia pada mulanya mendekati kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun itu kerana ingin tahu mengenai masalahnya.

Wanita itu turut cuba mendapat maklumat mengenai keluarga kanak-kanak lelaki dan adik beradiknya yang lain sebelum memuat naik kisah kanak-kanak berkenaan dan meminta mereka yang membacanya membantu mengurangkan bebanan kewangan keluarga itu.

Posting mengenai kisah kanak-kanak itu dibuat pada 21 April lalu dan telah menerima banyak ‘Like’ dan perkongsian daripada pengguna Facebook yang lain.

Sehingga kini, laman itu menerima lebih 7,000 ‘Likes’ dan lebih 12,500 perkongsian serta 521 komen.

Populariti posting berkenaan juga mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Johor Bahru pada keesokan harinya.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata pasukan jabatan itu telah dihantar untuk mencari maklumat mengenai keluarga yang tinggal di Taman Daya itu sekiranya mereka memerlukan bantuan secepat mungkin.

“Kanak-kanak berusia 13 tahun itu mempunyai empat adik beradik yang lain. Yang sulung berusia antara 15 dan 14 dan yang kecil antara 12 dan 10 tahun.

“Mereka kini dijaga oleh nenek mereka yang turut menjaga bapa adik beradik itu yang kini terlantar,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Bapa mereka dikenali sebagai L. Subramaniam mengalami retak di tengkorak dan kecederaan di leher selepas terlibat dalam kemalangan. Dia turut menerima elaun RM350 sebulan.

Dipercayai isteri Subramanian yang berusia 34 tahun meninggalkan keluarga pada 2007 dan sejak itu nenek mereka menjaga mereka sekeluarga.


Manayi berkata, jabatan telah meluluskan bantuan elaun RM300 sebulan kepada Subramaniam bermula bulan hadapan dan anak-anaknya pula akan menerima RM100 seorang.

“Kami telah menasihati mereka supaya tidak berjualan hingga lewat malam demi keselamatan mereka,” katanya dan menambah jabatan akan terus membantu keluarga itu bagi meringankan beban mereka.


Read more: http://ift.tt/1GHdoRe


MAS hidang sajian dari dapur istana


MAS

BERIKUTAN kejayaannya memperkenalkan menu eksklusif dikenali sebagai 'Dari Dapur Istana' bulan lepas, Malaysia Airlines' (MAS) akan terus menyajikan hidangan itu kepada penumpang Kelas Satu dan Kelas Perniagaannya hingga akhir tahun ini.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan kebangsaan itu berkata, hidangan tersebut adalah hasil kerjasama pihaknya dengan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dan ia akan disajikan dalam penerbangan ke destinasi terpilih di Eropah, Australia, New Zealand dan sektor serantau.

"MAS gembira kerana berpeluang bekerjasama dengan Tengku Puan Pahang untuk menyajikan kepada tetamu kami hidangan lazat dan istimewa ketika dalam penerbangan. Kami berharap tetamu kami akan gembira menikmati hidangan ini, sama seperti kami gembira dapat menyediakannya untuk mereka dari Dapur Istana," kata Pengarah Perkhidmatan Pelanggan MAS, Datuk Mohd Salleh Ahmad Tabrani.

Beliau berkata, Menu Diraja itu akan menampilkan cita rasa Tengku Puan Pahang seperti Nasi Tumpang Bersama Jelatah, Nasi Kuning Bersama Opor Ayam Kacang, Udang Masak Merah, Ayam Panggang Johor, Grilled Beef Tenderloin Patty, Beef on Toast, Dadar Pahang and Puding Raja.

Sementara itu, Pengurus Makanan dan Minuman Dalam Penerbangan MAS, Cef Zahiddin Dris berkata, syarikat itu berbangga kerana dapat menghidangkan Menu Diraja kepada dunia, di samping dapat mempelajari rahsia penyediaannya daripada Tuanku Azizah.

"Ia merupakan peluang sekali seumur hidup bagi pasukan ini apabila kami dapat bekerjasama dengan Tuanku Azizah ... Tuanku Azizah, bersama cef berdedikasi daripada MAS dan BAC mencuba hingga 20 resipi pada sesi memasak khas sebelum memilih lapan hidangan itu," katanya. - Bernama


Sikap Sultan Nazrin Shah disenangi rakyat


Sultan Nazrin Shah

IPOH - Sultan Nazrin Shah adalah seorang yang merendah diri serta berjiwa rakyat, kata Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin.

Beliau menjelaskan meskipun menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah, Sultan Nazrin tidak menggunakan gelaran doktor pada nama baginda kerana tidak mahu menonjol-nonjolkan diri.

"Sebagai Bendahara yang selalu berdampingan dengan Tuanku, apabila Tuanku berangkat ke majlis bersama rakyat seperti berbuka puasa di masjid, tahlil atau solat Jumaat, rakyat akan berkerumun dengan tuanku, adakala melebihi masa yang kita berikan kerana Tuanku menggunakannya untuk melayani rakyat.

"Jadi yang saya lihat kemesraan yang ditonjolkan oleh rakyat, khususnya di negeri ini kepada baginda, adalah amat membanggakan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayop Hashim.

Mohd Zahidi berkata, antara sikap Sultan Nazrin yang boleh dibanggakan oleh rakyat Perak ialah kesederhanaan baginda.

"Baru-baru ini Tuanku dan keluarga secara informal mengunjungi sebuah pasar raya tanpa pengawal peribadi dan seperti biasa, rakyat berkerumun dan bertanya pelbagai soalan kepada baginda, Tuanku tidak mengetepikan atau menghalang mereka, bahkan baginda bermesra dengan rakyat jelata," katanya.

Beliau berkata, Sultan Nazrin Shah juga amat prihatin dengan kesusahan yang dihadapi rakyat jelata.

"Misalannya, baru-baru ini, semasa negeri Perak menghadapi malapetaka banjir, awal-awal lagi Tuanku sudah turun padang melihat sendiri akan derita yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.

"Saya lihat ada satu ketika Tuanku menitiskan air mata melihat akan keadaan rakyatnya," katanya.

Mohd Zahidi berkata Sultan Nazrin juga enggan menerima sebarang cenderamata jika baginda berangkat ke satu-satu majlis.

"Tuanku pernah bertitah, apabila baginda berangkat ke satu-satu majlis, pihak penganjur tidak digalakkan menyediakan cenderamata kepada baginda, dan negeri Perak khususnya, telah mengambil iktibar di semua peringkat berhubung perkara ini.

"Sekurang-kurangnya kita di peringkat bawahan tidak perlu mengeluarkan duit dan pening kepala memikirkan apa yang nak dihadiahkan kepada Tuanku kerana Tuanku sudah memiliki segalanya," katanya.

Beliau berkata, dari segi perwatakan, Sultan Nazrin memiliki banyak persamaan dengan ayahanda baginda Almarhum Sultan Azlan Shah.

"Satu daripada perkara yang ingin saya nyatakan di sini mengenai Sultan Nazrin dan Almarhum Sultan Azlan adalah mereka seorang yang amat simpati, mengambil berat dan prihatin terhadap rakyat.

"Mereka juga amat teliti namun tetap mengambil kira pandangan orang lain serta pandangan rakyat, itulah juga sebabnya apabila Tuanku membangkitkan satu-satu perkara di dalam Dewan Negara Perak, baginda akan mendapatkan maklum balas atau pendapat ahli Dewan Negara sebelum membuat satu-satu titah kepada rakyat," katanya.

Mohd Zahidi berkata selain itu, penampilan kedua-dua Sultan Perak itu sentiasa kemas dan segak.

"Kita tidak boleh sangkal bahawa penampilan Sultan Azlan Shah adalah kelas pertama.

"Saya berani berkata begitu kerana saya dahulu bertugas sebagai ADC (aide-de-camp atau juruiring) baginda ketika Tuanku (Sultan Azlan Shah) menjadi Yang di-Pertuan Agong dari tahun 1990 hingga 1994 ketika saya masih berkhidmat dan berpangkat Kolonel.

"Begitu juga Sultan Nazrin, belum pernah saya lihat Tuanku berpakaian tidak senonoh dan jika kita lihat dalam pergerakan Tuanku ketika secara informal ke pasar raya, dan bertembung rakyat serta diminta untuk bergambar, sepanjang masa baginda berdua kelihatan segak dan berpakaian kemas," katanya. - Bernama


Harap ada hadiah istimewa untuk penjawat awam

KUCHING - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan mengumumkan 'hadiah istimewa' kepada penjawat awam sempena sambutan Hari Pekerja, 1 Mei ini.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, pemberian hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada penjawat awam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan produktiviti negara.

"Kenaikan produktiviti negara yang meningkat lebih 100 peratus seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kesungguhan penjawat awam dan golongan pekerja di negara ini melaksanakan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka.

"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan Program Transformasi Ekonomi negara, tetapi amat sedih kerana masih ada pekerja di negara ini menerima gaji di bawah garis kemiskinan nasional," katanya selepas majlis perasmian Seminar Kepimpinan Perdana Cuepacs oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Misnu Taha, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Azih berkata, kerajaan harus memperkenalkan gaji minimum RM1,200 sebulan kepada kakitangan sektor awam.

Beliau berkata, pelaksanaan gaji minimum itu perlu memandangkan pekerja dan rakyat secara umumnya terpaksa menanggung kos kenaikan harga barang serta elemen cukai yang membebankan mereka.

Selain itu, katanya Cuepacs mahu supaya pelaksanaan 252 skim perkhidmatan awam termasuk kenaikan gaji seperti diumumkan Najib dalam pembentangan Bajet
2015, dapat disegerakan.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada 10 Okt 2014, Najib memberi jaminan kerajaan akan menambah baik 252 skim perkhidmatan awam termasuk skim kenaikan gaji, dan 81 daripadanya sudah dilaksanakan secara berperingkat.

Azih berkata, kenaikan gaji 10 peratus itu sangat penting untuk memastikan penjawat awam menerima gaji pokok melebihi paras kemiskinan nasional, iaitu RM880 sebulan, terutama bagi Gred 11 hingga Gred 17.

Katanya, pelaksanaan skim gaji minimum RM1,200 itu perlu disegerakan kerana dianggarkan kira-kira 700,000 penjawat awam masih menerima gaji pokok antara
RM802 dan RM820 sebulan.

Sehubungan itu, katanya ramai dalam kalangan penjawat awam tidak mampu membeli rumah kos rendah atau rumah mampu milik, termasuk di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) walaupun harganya antara RM90,000 dan RM150,000 seunit.

"Tidak ada gunanya negara kita maju kalau masih ramai pekerja bergaji rendah dan tidak mampu memiliki rumah. Harga rumah meningkat RM30,000 setiap tahun dan jika gaji pekerja hanya bertambah RM80, sudah pasti mereka tidak mampu membeli rumah," katanya. - Bernama


Aduan GST menurun 28 peratus, kata KPDNKK

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberitahu jumlah aduan harian yang diterima mengalami penurunan sebanyak 28 peratus bagi tempoh 27 April dan 28 April.

Menurut Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad, analisis aduan harian untuk 28 April menunjukkan bahawa kenaikan harga atau perkhidmatan merupakan aduan tertinggi iaitu 69 peratus.

"Daripada jumlah tersebut, 10 aduan mengenai kenaikan harga barangan di pasaraya dan enam aduan di kedai runcit.

"Antara barang dan perkhidmatan yang telah diadu melibatkan majalah dan roti yang dikenakan GST. Ada juga aduan kenaikan harga di pasar tani libatkan peniaga telah kenakan caj GST ke atas mee kuning dan tauhu yang dijual," katanya pada sidang media di KPDNKK, hari ini.

Sejak 1 April hingga semalam, sebanyak 5,327 aduan berkaitan antipencatutan GST telah diterima.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pemeriksaan dan penguatkuasaan premis berkaitan caj perkhidmatan bagi 28 April melibatkan enam pemeriksaan dan tiada pengeluaran notis dikeluarkan.

Sementara pemeriksaan caj perkhidmatan secara kumulatif yang bermula dari 8 April hingga 28 April berjumlah 834 dan 93 notis dikeluarkan bagi tempoh sama.


sumber:http://ift.tt/1DVGllq


Penganggur diberkas cuba curi kereta tok imam



KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur diberkas ketika dia cuba melarikan sebuah kereta milik seorang imam di masjid di Kampung Batu Rakit di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu bagaimanapun disedari beberapa jemaah yang melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berada berhampiran kereta tersebut yang terletak di perkarangan masjid, sebelum mereka menghubungi pihak polis.

Bagaimanapun, cubaan pencuri untuk melarikan kenderaan itu bukan mudah kerana enjinnya tidak dapat dihidupkan kerana kereta itu tersadai di situ sudah hampir setahun.

Ini memberi kesempatan kepada pihak polis untuk tiba di masjid itu dan menahan seorang suspek berusia 31 tahun manakala rakannya sempat melarikan diri.

"Pemeriksaan mendapati kedua-dua pencuri itu datang ke masjid berkenaan dengan kereta yang nombor pendaftarannya adalah palsu dan dilapor dicuri di Kelantan," katanya.

Idris berkata pihak polis menemui pelbagai alatan untuk mencuri termasuk kunci, bateri, pemutar skru serta minyak kereta dalam kereta suspek.

Beliau berkata, suspek yang ditahan turut mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan dadah.

Seorang lagi suspek yang bebas yang merupakan perancang utama kumpulan itu sedang diburu.

Bagi tempoh Januari hingga setakat ini bulan ini, sebanyak 33 kes pecah cermin kenderaan di kawasan masjid telah direkodkan selain tujuh kes membabitkan curi harta benda dalam masjid serta 12 kes curi motosikal di kawasan masjid dilaporkan di daerah ini. - Bernama


mardi 28 avril 2015

Lokasi panas penagih dadah diserbu


Anggota AADK sedang menjalankan proses dokumentasi selepas operasi selesai.

SERENDAH - Bertindak dari hasil maklumat risikan, sepasukan anggota Unit Penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor bersama anggota narkotik Polis Daerah Hulu Selangor telah bertindak menyerbu di kawasan Tanah Perkuburan Kampung Tok Pinang.

Ketua Pegawai AADK Hulu Selangor, Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata, kawasan berkenaan dipercayai telah dijadikan lokasi tumpuan bagi kegiatan penagihan dadah yang sering aktif pada waktu awal pagi di sini.

Menurut Ghazali, hasil serbuan tersebut, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki bersama lapan paket dadah dipercayai heroin.

"Lelaki terbabit dipercayai seorang pengedar dadah dan siasatan ke atasnya akan dikendalikan oleh pihak AADK di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983. Selain itu, pihak narkotik PDRM juga akan menjalankan siasatan ke atas suspek terbabit mengikut akta sedia ada," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ghazali memaklumkan pihaknya turut berjaya menahan lapan individu lain yang disyaki penagih yang menjalankan kegiatan penagihan di lokasi tersebut.

Beliau berkata, operasi berkenaan ada satu kejayaan dan ia akan diteruskan i dengan kerjasama daripada Bahagian Narkotik IPD Hulu Selangor dalam membanteras kegiatan penagihan dadah di beberapa lokasi lain.

"Pihak kami juga akan terus mengesan penagih-penagih yang gagal mendaftar dengan AADK untuk program pemulihan selepas ini," katanya sambil memberitahu, operasi sedemikian perlu diperbanyakkan sejajar dengan hasil perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Daerah yang telah memutuskan untuk menggempur lokasi-lokasi panas yang dipercayai menjadi sarang penagih.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan klien-klien yang telah mendaftar dengan AADK agar dapat mengikuti program pemulihan dilaksanakan serta melaporkan diri di balai polis berdekatan.

"Di samping itu, mereka perlu patuh kepada syarat perintah ditetapkan oleh mahkamah dan diajak agar bersama-sama pihak AADK dan polis dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah," katanya.


[WTS] Nikon D5100+Lense Tamron 18-200+Flash Miyabi

HARGA HILANG AKAL..URGENT

RM2000 SAHAJA!!


Salam semua..

Saya nak letgo Nikon D5100 9/10 condition

Shutter Count: 10K only
Lense Tamron AF18-200mm F3.5-6.3
Miyabi M586-N Digital Flash
Charger
Enelope Batteries Charger
4 x Johoyo 1800 Batteries
4 x enelope Batteries
Camera Bag Winner Pro Design
Strap+Disc+Manual Book
Cleaner Kits

Nak jual sebab nak pakai duit sikit

COD Lembah Klang sahaja

Whats app/Call/sms - 019-2189030 Syukri







Laptop Dell Core i5 Notebook Sangat Cun Performance Mengancam Bateri 4 Jam Lebih

Assalamualaikum,

Dell Vostro Intel Core i5 Notebook
Model: Vostro 3400
Intel Core(TM) i5 M460 @2.53 GHz, 1st gen
4GB DDR3 RAM,
320GB Hard Disk Drive,
DVD RW Drive,
WiFi, Webcam, Bluetooth & Finger print,
2x HDMI port,
Windows 7 Pro 32bit OEM,
Battery can use 4hrs +
Dell Adapter


COD @ TESCO SEMENYIH
CALL/ WHATSAPP 0132707688



Price: RM 900.00 Nego

Attached Images
File Type: jpg 1.jpg (155.4 KB)
File Type: jpg 2.jpg (215.2 KB)
File Type: jpg 3.jpg (165.4 KB)


Dibunuh kerana hutang RM2


Gambar Hiasan

BATU PAHAT - Disebabkan wang berjumlah RM2, dua warganegara Nepal dibunuh rakan senegara menggunakan sebilah parang, dalam kejadian di sebuah kilang simen di Jalan Yong Peng-Parit Sulong, semalam.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi yang berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang nyenyak tidur dalam sebuah bilik.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dipercayai sebelum kejadian, seorang mangsa bertengkar dengan suspek sebelum mereka tidur.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada mangsa berhutang dengan suspek sebanyak RM2, dan dikatakan suspek meminta kembali wangnya tetapi mangsa tidak mengendahkannya.

"Malah mangsa turut dikatakan melemparkan kata-kata kesat kepada suspek, membuatkannya sakit hati dan berdendam dengan mangsa yang kemudiannya bertindak membunuh mangsa.

"Seorang rakan mangsa yang turut menyebelahi mangsa ketika pertengkaran berkenaan turut menerima nasib sama, dibunuh ketika tidur," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Din lagi, suspek yang berusia awal 20an itu, bersama enam rakan lain yang menghuni asrama dua bilik itu ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat dan dokumentasi sebaik pihak polis menerima laporan kira-kira jam 8.30 pagi.

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan mereka yang mempunyai maklumat boleh tampil membantu siasatan pihak polis," katanya.