jeudi 30 avril 2015

Husni ketuai delegasi Malaysia ke Azerbaijan


Ahmad Husni

KUALA LUMPUR 30 April – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, akan mengetuai delegasi Malaysia ke beberapa mesyuarat, termasuk Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN+3 Ke-18 di Azerbaijan, pada 3 hingga 5 Mei ini.

Acara lain termasuk Mesyuarat Gabenor Bank Pusat (AFMGM+3) dan Mesyuarat Agung Tahunan Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Asia (ADB) yang turut diadakan di Baku, ibu negara Azerbaijan, kata ke Kementerian Kewangan dalam kenyataan, hari ini.

Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ADB serta AFMGM+3 itu penting bagi mengesahkan lagi komitmen ke arah pemantapan kerjasama serantau selain memastikan kestabilan kewangan di rantau ini.

Malah, selaras kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Ahmad Husni akan mempengerusikan bersama mesyuarat AFMGM+3 dengan Timbalan Perdana Menteri Korea Selatan yang juga Menteri Kewangan dan Strategi, Dr. Kyunghwan Choi. – BERNAMA

Ahmad Husni


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire