lundi 27 avril 2015

Isteri bongkok pandu arah suami buta



Guiyi memadu arah suaminya. - Foto CEN
< 1 / 1 >
GUANGXI - CHINA. Seorang wanita bongkok yang menjadi pemandu arah suaminya yang buta telah menarik perhatian malah pasangan ini digelar lambang cinta sejati.

Wei Guiyi, 76, menjadi penunjuk arah kepada suaminya Huang Funeng, 80, dengan menggunakan sebatang buluh di sebuah perkampungan kecil di Selatan China sejak suaminya itu mengalami masalah penglihatan.

Walaupun wanita itu turut menderita penyakit osteoporosis yang menyebabkannya bongkok namun Guiyi tidak pernah merungut dengan kesukaran yang terpaksa dihadapinya.

Setiap hari, Guiyi akan menceritakan apa yang dilihatnya semasa mereka berjalan.

"Kami bahagia apa yang dilalui kini dan berjanji akan menjaga antara satu sama lain. Saya adalah matanya dan dia adalah segala-galanya untuk saya," kata Guiyi dipetik Daily Mail.

Funeng kehilangan penglihatan sejak 1985 akibat penyakit mata dan mereka berkahwin sejak 55 tahun lalu ketika berusia mereka 20an.

Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire