jeudi 30 avril 2015

Kastam buat pengguna pening


Pengguna tetap membayar RM10.60 jika membeli kad tambah nilai RM10 berikutan penangguhan arahan kepada semua syarikat telco untuk mengekalkan harga asal prabayar. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat ramai pengguna pening kepala apabila menangguhkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi (telco) untuk mengekalkan harga asal kad tambah nilai prabayar yang dijadualkan berkuat kuasa hari ini.

Penangguhan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad pada satu sidang akhbar kelmarin memberi arahan kepada semua syarikat telco supaya menjual kad tambah nilai prabayar sama seperti ketika pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini.

Jika kad prabayar itu bernilai RM10, maka pengguna sepatutnya akan membayar RM10 mulai hari ini.
Biz Bonanza Deal. The Only Broadband Deals for SMEs

Khazali dalam satu ke*nyataan di sini semalam berkata, penangguhan itu selaras pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memaklumkan kajian mengenai layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat telco.

“Arahan Ketua Pengarah Kastam bertarikh 28 April 2015 kepada syarikat telekomunikasi mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei ini adalah ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, di Pulau Tioman, Rompin, Pahang, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pelaksanaan harga asal kad prabayar mustahil dilaksa*nakan hari ini ke*rana ia melibatkan isu teknikal.

Beliau menjelaskan, syarikat telco perlu membuat konfigurasi terhadap sistem dan perisian komputer di seluruh negara yang akan mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan.

“Bayaran kad prabayar ini juga melibatkan pembayaran melalui bank serta pembayaran secara elektronik selain ia melibatkan seramai 30,000 ejen di seluruh negara. Perubahan perisian serta sistem perlu dilakukan bagi memastikan ia berjalan dengan lancar,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Tekek semalam.



sumber:http://ift.tt/1vqvcs8


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire