jeudi 30 avril 2015

10 dipenjara seumur hidup kerana bunuh aktivis


Malala Yousafzai

SWAT - PAKISTAN . Mahkamah Pakistan telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada 10 lelaki atas tuduhan menembak seorang aktivis pendidikan, Malala Yousafzai.

Malala, yang berusia 15 tahun pada ketika itu ditembak di kepala oleh lelaki bersenjata Taliban di Lembah Swat yang pada tahun 2012.

Malala pernah dianugerahkan Anugerah Nobel Keamanan 2014 atas usaha menentang penindasan terhadap kanak-kanak serta hak bagi mendapatkan pendidikan kepada semua kanak-kanak.

Memetik laporan BBC, seorang pegawai berkata, 10 lelaki yang didakwa adalah tidak termasuk ketua suspek yang merupakan ahli kumpulan Pakistan Taliban.

Ataullah Khan, 23 tahun dikenalpasti melalui laporan polis yang dibuat semasa kejadian tembak itu tetapi dia tidak tersenarai dalam 10 orang yang disabitkan.

Mereka dibicarakan di Mahkamah anti keganasan di Swat.

Seorang pegawai Pakistan percaya pemimpin Taliban, Mullah Fazlullah mengarahkan serangan yang dipercayai berada di Afghanistan.

Malala, kini 17, telah dirawat di United Kingdom dan kini menetap di Birmingham dengan keluarganya dan tidak dapat kembali ke Pakistan kerana ancaman bunuh oleh puak Taliban.

Dua daripada rakan-rakan kelasnya juga cedera dalam serangan tersebut.


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire