mardi 28 avril 2015

Doktor gigi naib johan pertandingan menghafaz Al-Quran peringkat antarabangsa


DR Nur Munirah bersama sijil dan piala naib johan pertandingan Majlis Menghafaz al-Quran (Wanita) Peringkat Antarabangsa di Amman, Jordan ketika bergambar di KLIA.

Sepang: Menceburi kerjaya sebagai doktor gigi dan pada masa sama dianugerahkan Allah dengan daya ingatan yang baik sehingga mampu menghafal 30 juzuk al-Quran merangkumi 114 surah dan 6,236 ayat dalam kitab suci berkenaan.

Untuk mereka yang tidak biasa, kelihatan seperti agak sukar, bagaimanapun, perkara itu bukan halangan kepada Dr Nur Munirah Mohd Nor, 26, yang beranggapan kerana minat segala halangan dan kesukaran boleh diatasi dengan berusaha.

Anak kelima daripada lapan beradik itu diumumkan sebagai naib johan, sekali gus membawa pulang trofi dan sijil penghargaan bagi kategori 20 juzuk al-Quran pada Majlis Menghafaz al-Quran (Wanita) Peringkat Antarabangsa di Amman, Jordan berlangsung pada 20 hingga 25 April lalu.

Beliau adalah satu-satunya peserta dari Malaysia yang menyertai pertandingan itu yang mendapat penyertaan daripada 35 negara dan bagi kategori wanita sebanyak 10 peserta bertanding.

“Persaingan memang sengit kerana peserta dari negara Arab sudah tentu mempunyai kekuatan dari segi tajwid dan al-Quran itu sendiri adalah dalam bahasa Arab.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


- See more at: http://ift.tt/1P4o37B


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire