Kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang terpaksa menjual kerepek demi mencari rezeki mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru dan orang ramai selepas kisahnya dipaparkan oleh NUSHDHA 07. - Foto ihsan Facebook NUSHDHA 07 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru.
KUALA LUMPUR, 29 April: Kelibat kanak-kanak menjual muruku dan pelbagai jenis makanan ringan untuk mencari wang, bukanlah perkara baru di bandar besar atau menarik minat ramai orang.
Namun, mungkin ramai yang akan tertanya-tanya apabila membaca notis buatan sendiri mengapa kanak-kanak di Johor Bahru ini menjual makanan ringan. Apatah lagi notis berkenaan ditulis dalam bahasa Inggeris yang terang dan berwarna.
Inilah yang dilakukan oleh tiga beradik yang menjual makanan ringan di beberapa lokasi bank di Taman Daya dan juga di sekitar Danga Bay.
Makanan ringan yang dipaket itu dibuat oleh nenek mereka dan dijual dengan harga RM3 sepaket.
Mereka terpaksa meringankan beban keluarga apabila bapa mereka terlibat dalam kemalangan dan kini terlantar sakit.
Pendapatan mereka sehari di antara RM30 dan RM50.
Menurut posting NUSDHA 07 yang menyiarkan kisah mereka berkata, dia pada mulanya mendekati kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun itu kerana ingin tahu mengenai masalahnya.
Wanita itu turut cuba mendapat maklumat mengenai keluarga kanak-kanak lelaki dan adik beradiknya yang lain sebelum memuat naik kisah kanak-kanak berkenaan dan meminta mereka yang membacanya membantu mengurangkan bebanan kewangan keluarga itu.
Posting mengenai kisah kanak-kanak itu dibuat pada 21 April lalu dan telah menerima banyak Like dan perkongsian daripada pengguna Facebook yang lain.
Sehingga kini, laman itu menerima lebih 7,000 Likes dan lebih 12,500 perkongsian serta 521 komen.
Populariti posting berkenaan juga mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Johor Bahru pada keesokan harinya.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata pasukan jabatan itu telah dihantar untuk mencari maklumat mengenai keluarga yang tinggal di Taman Daya itu sekiranya mereka memerlukan bantuan secepat mungkin.
Kanak-kanak berusia 13 tahun itu mempunyai empat adik beradik yang lain. Yang sulung berusia antara 15 dan 14 dan yang kecil antara 12 dan 10 tahun.
Mereka kini dijaga oleh nenek mereka yang turut menjaga bapa adik beradik itu yang kini terlantar, katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Bapa mereka dikenali sebagai L. Subramaniam mengalami retak di tengkorak dan kecederaan di leher selepas terlibat dalam kemalangan. Dia turut menerima elaun RM350 sebulan.
Dipercayai isteri Subramanian yang berusia 34 tahun meninggalkan keluarga pada 2007 dan sejak itu nenek mereka menjaga mereka sekeluarga.
Manayi berkata, jabatan telah meluluskan bantuan elaun RM300 sebulan kepada Subramaniam bermula bulan hadapan dan anak-anaknya pula akan menerima RM100 seorang.
Kami telah menasihati mereka supaya tidak berjualan hingga lewat malam demi keselamatan mereka, katanya dan menambah jabatan akan terus membantu keluarga itu bagi meringankan beban mereka.
Read more: http://ift.tt/1GHdoRe
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire