mardi 28 avril 2015

ASEAN wajar selesai isu Laut China Selatan secara persahabatan - Najib


LANGKAWI 28 April - ASEAN wajar mematuhi prinsip menyelesaikan pertikaian secara persahabatan berasaskan undang-undang antarabangsa dalam menangani pertikaian Laut China Selatan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata, pihak-pihak yang terlibat tidak sepatutnya terlibat dalam aktiviti yang boleh meningkatkan ketegangan.

"Ini adalah antara kebimbangan yang suarakan oleh ASEAN sebagai satu kumpulan, dan negara perlu memahami hakikat bahawa dalam penyelesaian pertikaian secara persahabatan dan menerusi rundingan, mesti patuh kepada undang-undang antarabangsa seperti UNCLOS (Konvensyen Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang laut).

"Mereka tidak wajar meningkatkan ketegangan ke atas isu itu," katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), di sini hari ini.

Perdana Menteri menggesa anggota ASEAN yang membuat tuntutan supaya mendokong prinsip ini dan mempertahankan komitmennya semasa berdepan dengan isu di Laut China Selatan ini. - BERNAMA


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire