mardi 28 avril 2015

Jualan iPhone di China atasi jualan di US


Seorang pelanggan sedang menggunakan iPhone untuk mengambil gambar Apple Watch yang dipaparkan pada Apple Store di Paris. Foto Reuters

CHINA, 28 April: Apple Inc mengalahkan pendapatan dan keuntungan ramalan Wall Street apabila mencatat jualan tertinggi iPhone di China daripada Amerika Syarikat buat kali pertama, tetapi pihak syarikat tidak memberikan nilai jualan untuk Apple Watch baru.

Reuters melaporkan, jualan iPhone Apple di China melonjak, seterusnya meningkatkan pendapatan syarikat 71 peratus kepada $16.8 billion.

Ketua Eksekutif Tim Cook berkata China mengembangkan jualan iPhone di sana, yang merupakan sebahagian besar daripada jualan syarikat. IPhone 6 dilancarkan pada musim luruh lepas di China.

Wall Street memuji keputusan namun tidak memberi sebarang reaksi.

Sahamnya meningkat 1.6 peratus selepas beberapa jam didagangkan pada $ 134.52.

Apple menjual 61.2 juta iPhone pada suku pertama, naik 40 peratus daripada suku yang sama tahun lalu. Ia menjual 12.6 juta iPads, turun 23 peratus berbanding tahun lalu.

iPhone 6 dan 6 plus telah popular dikalangan pelanggan di seluruh dunia, ia membantu syarikat mengatasi saingan Samsung dalam jualan telefon pintar global pada suku lepas.

Untuk keluaran barunya, Apple tidak memberikan sebarang nilai jualan untuk Apple Watch, tetapi mengatakan suku semasa adalah “permulaan yang menarik”.

Cook berkata permintaan untuk Apple watch dilihat terus meningkat daripada bekalan, kerana ia telah dipesan sejak awal bulan ini.

Apple berkata pendapatan bersih bagi fiskal suku kedua meningkat kepada US$13.57 billion, atau US $ 48 bilion sesaham, daripada US$10.22 billion, atau US $ 1,66 per saham, setahun sebelumnya.

Penganalisis menjangkakan pendapatan sesaham sebanyak US$ 2.16 sesaham, menurut Thomson Reuters.

Pendapatan keseluruhan meningkat kepada US$58.01 billion pada suku kedua yang berakhir pada 28 Mac, daripada US$45.65 billion pada tahun sebelumnya. Yang menewaskan jangkaan hasil Wall Street daripada US$56 billion.

Apple berkata ia menjangkakan fiskal pendapatan suku ketiga daripada US$46 billion kepada US$48 billion, selaras dengan unjuran purata penganalisis daripada US$47 billion.


Read more: http://ift.tt/1GBMNlH


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire