mardi 31 mars 2015

Altel umum harga topup naik



Kenaikan tersebut menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi syarikat itu adalah berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada Rabu, 1 April.



KUALA LUMPUR, 31 Mac : Syarikat telekomunikasi Altel yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary hari ini telah mengumumkan harga baru untuk kredit tambah nilai Altel bermula 1 April, kepada pelanggannya.



Kenaikan tersebut diumumkan menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi syarikat itu, yang dikatakan berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada Rabu, 1 April.



Dalam pada itu, Altel turut memaklumkan kepada penggunanya bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan sistem pencukaian baru tersebut melalui laman web rasmi GST, dengan melayari http://ift.tt/ZuWiSm.



Berdasarkan kenyataan tersebut, Altel turut memuat naik jadual yang menunjukkan perbezaan harga bagi rujukan pengguna.



Bagi kredit tambah nilai RM3, ia akan dijual dengan harga RM3.18, manakala RM5 menjadi RM5.30, RM10 kepada RM10.60, RM30 menjadi RM31.80 dan tambah nilai RM50 akan dinaikkan sebanyak RM3 kepada RM53.00.



Altel hanya menawarkan rangkaian prabayar sahaja kepada pengguna, dan kesemua penggunanya perlu tambah nilai kredit bagi membolehkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.



Bagaimanapun setakat ini, syarikat telekomunikasi lain masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi samada turut berlaku kenaikan harga terhadap produk kredit tambah nilai mereka, atau masih mengekalkan harga yang sama.





Read more: http://ift.tt/1EYDnx7





so?







Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire