Bekas Ketua Polis Serantau China ditangkap kerana disyaki membunuh teman wanitanya yang berusia 35 tahun lebih muda. -Foto english.caixin.com
BEIJING, 26 Mac : Bekas Ketua Polis Serantau China ditangkap kerana disyaki membunuh teman wanita yang berusia 35 tahun lebih muda, lapor agensi pendakwaan.
Zhao Liping, 63, sebelum ini mengetuai pasukan polis di kawasan utara Inner Mongolia selama tujuh tahun sehingga beliau bersara pada tahun 2012.
Beliau ditahan minggu lalu di Kota Chifeng kerana disyaki membunuh seorang wanita yang dilaporkan memiliki hubungan intim dengannya, lapor agensi berita Xinhua.
Zhao ditahan pada Rabu atas tuduhan membunuh, menurut kenyataan Procuratorate Agung Rakyat.
Beijing News memetik sumber yang tidak dinamakan berkata Zhao membunuh gadis berusia 28 tahun itu kerana mangsa mahu mendedahkan salah laku beliau, sambil menambah tidak jelas salah laku yang didakwa dilakukannya.
Gadis tersebut, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Li dapat menyelamatkan diri daripada dua das tembakan pertama Zhao, sebelum melarikan diri.
Laporan dalam akhbar tersebut juga menyatakan, mangsa yang cuba bersembunyi di bawah kereta dikejar Zhao lalu ditembak di kepala.
Mayat Li yang terbakar ditemui di kaki gunung hari berikutnya.
Zhao telah mengenali Li selama bertahun-tahun dan kedua-duanya telah bermalam bersama-sama di sebuah hotel sebelum pembunuhan itu.
Read more: http://ift.tt/1M5gTDP
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire