mardi 31 mars 2015

Flashmob bantah GST




Antara peserta yang terlibat dalam flashmob semalam.



GOMBAK - Lebih 30 peserta hadir semasa flashmob membantah GST yang diadakan di persimpangan lampu isyarat Pekan Greenwood petang semalam anjuran Pemuda Pas Gombak dan Selangor.



Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, tujuan bantahan tersebut dilakukan adalah meneruskan kempen kesedaran berkenaan GST walaupun sudah berada pada saat akhir.



Menurutnya, pihaknya telah mengarahkan semua peringkat Pemuda dalam Selangor mengadakan flashmob secara serentak menjelang pelaksanaan GST.



"Tiada rakyat yang sokong dengan GST melainkan mereka yang suka jika kos sara hidup meningkat dan harga barangan semakin mahal.



"Bantahan GST ini telah lama kita buat, sejak mula cadangan sehingga hari ini (semalam) dan akan diteruskan melalui penerangan kepada rakyat tentang kesan yang akan ditanggung melalui sistem baru itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.



Katanya, sahutan hon dari pengguna jalan raya sudah cukup menunjukkan sokongan kepada bantahan yang diadakan semalam.



"Ini bukan provokasi dan kita jalankan secara aman serta diawasi pihak polis untuk kesedaran bersama tentang bebanan ditanggung rakyat.



"Bantahan juga turut ditumpukan kepada isu semasa termasuklah harga minyak dan sokongan ke atas hudud," katanya.



Semalam sekitar jam 6 petang flashmob dimulakan oleh peserta yang memegang nota bantahan GST dan kenaikan minyak.



Flashmob berjalan lancar dan tamat satu jam kemudian.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire