Pos Malaysia
POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) diumumkan sebagai Jenama Terbaik 2015 dalam kategori perkhidmatan pos, Anugerah Jenama Dunia oleh Forum Jenama Dunia (WBF), baru-baru ini.
Kemenangan itu menjadikan Pos Malaysia sebagai syarikat pos pertama di dunia yang menerima pengiktirafan tersebut.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Azlan Shahrim berkata, Pos Malaysia teruja menerima pengiktirafan itu dalam anugerah berprestij antarabangsa.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami dan masyarakat Malaysia atas kesetiaan dan kepercayaan mereka terhadap jenama Pos Malaysia. Kami akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan kami secara konsisten, katanya dalam satu kenyataan.
Majlis anugerah itu menyaksikan 50 jenama dari 22 negara diumumkan sebagai pemenang antaranya Cartier, Club Med, Evian, Gillette, Gucci, Nike, Prada, Ikea, Prada dan UPS.
Pada majlis itu, Ketua Komunikasi Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim menerima anugerah tersebut.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire