vendredi 27 mars 2015

Rebat istimewa menanti 200 pelanggan di PWTC




ramlah ARSHAD menunjukkan baucar rebat untuk 200 pelanggan bertuah di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 27 Mac – Pengusaha katering, Sri Angsana Kanopi & Katerer menawarkan baucar rebat sehingga RM60,000 kepada pelanggannya sempena Pameran Pengantin Malaysia 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang berlangsung hari ini sehingga Ahad ini.


Pengasas syarikat itu, Ramlah Arshad berkata, tawaran istimewa itu terbuka kepada 200 pelanggan yang membuat tempahan dengan syarikat tersebut.



“Mereka akan menerima baucar rebat untuk pakej yang ditempah semasa pameran itu yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 9 malam,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.



Dalam pada itu, Ramlah berkata, syarikatnya sentiasa menitikberatkan kualiti perkhidmatan menerusi pelbagai pakej baharu yang menarik dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.



“Bagi memastikan perkhidmatan sentiasa memenuhi cita rasa pelanggan, pihak pengurusan secara berterusan menambah baik produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.



“Kepelbagaian pakej yang diperkenalkan adalah selaras dengan cita rasa dan kemampuan pelanggan dan memberi pilihan terbaik berbanding pengendali katering lain,” katanya.



Katanya, Sri Angsana Kanopi & Katerer kini menawarkan pakej serendah RM6.80 setiap orang termasuk nasi beriani dan lauk-lauk lain serta peralatan majlis.



“Pada kadar harga tersebut, kami merasakan ia amat berbaloi dan mampu ditempah oleh semua lapisan pelanggan khususnya yang bakal mengadakan majlis perkahwinan dan majlis keraian,” katanya yang telah mengusahakan perniagaan itu sejak tahun 1996.



Bagi yang berminat membuat tempahan boleh berkunjung ke ibu pejabat Sri Angsana Kanopi & Katerer di No. 18, Jalan 37, Taman Nirwana Ampang atau hubungi talian 019-362 8442, 03-9283 5715 atau 03-9202 3276 untuk maklumat lanjut.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire