mardi 31 mars 2015

Lebuh Raya Pan Borneo bebas tol





BINTULU – Penantian lebih 50 tahun rakyat di negeri ini untuk memiliki jaringan jalan raya yang selesa dan sistematik tertunai apabila kerja-kerja pembinaan fasa pertama projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak bermula secara rasmi semalam.



Sebelum ini, kira-kira 2.4 juta orang penduduk Sarawak dihubungkan dengan jalan raya stan*dard Jabatan Kerja Raya R3 (lebar lorong 2.75 hingga tiga meter) yang bermula dari Sematan ke Lawas.



Lebih menarik, projek infrastruktur khas untuk Sarawak dan dilaksanakan oleh 75 buah syarikat tempatan itu merupakan lebuh raya bebas tol di negara ini.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek infrastruktur mega yang bernilai RM15 bilion dan sejauh 1,076 kilometer (km) itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2023.



Menurutnya, pembinaan lebuh raya menerusi konsep perkongsian awam-swasta (PPP) itu juga merupakan sebahagian daripada agenda transformasi rakyat di negeri ini dengan mewujudkan peluang ekonomi baharu kepada penduduk setempat.



“Saya yakin pembinaan lebuh raya empat lorong (standard R5) ini kelak dijangka mampu merangsang pembangunan ekonomi setempat menerusi kewujudan banyak bandar baharu di sepanjang lebuh raya ini.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire