Pekerja kontrak sedang membaik pulih pondok menunggu.
KOTA TINGGI - Pembinaan parit simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Felda Lok Heng Selatan dekat sini, dilihat mampu mengatasi masalah air bertakung setiap kali hujan yang dihadapi warga sekolah itu, setelah selesai kelak.
Ketua Kampung Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, masalah yang berlanjutan sejak 15 tahun lalu menimbulkan rungutan ibu bapa kerana kelengkapan anak mereka basah akibat takungan air tersebut.
Menurutnya, selain pembinaan parit, dua daripada empat pondok menunggu di hadapan sekolah terbabit turut dibaik pulih.
Tambahnya, sebanyak RM9,000 diperuntukkan bagi pembinaan parit dan kerja baik pulih pondok, di mana RM7,000 adalah sumbangan Felda, manakala RM2,000 merupakan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.
"Sebelum ini, Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru telah turun melihat sendiri masalah yang sering diajukan pihak PIBG sekolah ini dan meluluskan peruntukkan di bawah projek infra.
"Namun ia sekadar cukup untuk kos pembinaan parit. Jadi pihak PIBG sekolah bersetuju menyumbang wang tabungnya untuk membeli tiang baharu pondok menunggu tersebut.
"Tiang sedia ada tidak sesuai kerana terlalu rendah, kita takut ia akan membahayakan murid lebih-lebih lagi selepas penukaran kepada atap zink. Pondok itu turut dicat baharu," katanya.
Beliau berharap, kemudahan baharu tersebut dapat memberi keselesaan kepada warga sekolah terbabit.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire