Mohd Nizar (tengah) melihat hasil kreativiti pelatih Mara ketika merasmikan KPM 2015 semalam.
IPOH - Karnival Pendidikan Mara (KPM) 2015 yang berlangsung di Halalpark Tambun selama tiga hari bermula Jumaat lalu meriah dengan pelbagai pengisian menarik.
Perasmiannya disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria semalam dengan turut dihadiri Pengarah Mara Negeri, Teh Arfah Kamarulzaman.
Antara pengisian yang menarik sepanjang karnival termasuklah Seminar Keusahawanan oleh Selebriti, Datuk Dr Fazley Yaacob, Seminar Herba dan Kesihatan, pertandingan mewarna serta program motivasi.
Sepanjang karnival, sebanyak 52 institusi pengajian tinggi awam dan swasta mengambil bahagian dalam pameran pendidikan, manakala 30 gerai usahawan turut serta mempromosikan produk mereka.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire