vendredi 27 mars 2015

Gaya muslimah urban








Berkonsepkan Modest Urban, jenama tudung terkenal, Galeri Ariani mengorak langkah baharu dalam segmen busana muslimahnya apabila memperkenalkan koleksi pakaian sedia dipakai (ready to wear) untuk melengkapi pemakaian tudung Galeri Ariani sendiri.


Menggunakan keseluruhan fabrik daripada Jakel yang berkualiti tinggi, kehendak terkini pelanggannya yang mahukan pakaian yang bersopan dan menutup aurat menyebabkan Galeria Ariani perlu memenuhi keperluan muslimah yang berhijab.



Menampilkan rekaan kreatif dan corak terkini dengan perincian yang menambahkan keanggunan kepada pemakainya, busana terbaharu tersebut terdiri daripada koleksi blaus cetak penuh yang didatangkan dengan pelbagai motif seperti flora, abstrak, dan baroque.



Pilihan warna-warna segar dan sofistikated dilihat berjaya mencuri pandang mata sesiapa sahaja kerana setiap rekaan yang ditampilkan berbeza namun masih memenuhi ciri-ciri wanita muslimah menerusi potongannya yang unik dan perincian yang menjadikan setiap helaian tampak mewah dan eksklusif.



Untuk golongan muda, mereka akan mencari busana berona lembut supaya mudah disuai padankan dengan baju, beg tangan atau kasut manakala wanita yang lebih berusia memerlukan koleksi busana yang berwarna terang.



Di Galeri Ariani, kelengkapan dari kepala hingga ke hujung kaki ditawarkan untuk semua golongan peringkat umur dan boleh dikatakan Ariani sebagai pusat sehenti busana Muslimah masa kini yang dicari oleh golongan wanita.



Pengarah Pemasarannya, Datin Farah Haryani Muhammad Philip berkata, pengenalan produk pakaian muslimah merupakan salah satu transformasi dalam mempromosikan produk Ariani yang dilihat sebagai pelengkap kepada koleksi tudung terbaharu yang terdapat di Galeri Ariani.



“Koleksi-koleksi pakaian muslimah Ariani ini sememangnya berkonsepkan moden dan didatangkan dengan variasi warna dan fabrik serta direka untuk digayakan dalam pelbagai saiz.



“Bukan sahaja boleh digayakan secara kasual, kami juga menampilkan barisan busana yang boleh digayakan formal melalui konsep suai dan padan.



“Tidak perlu berbelanja lebih jika anda boleh mencuba gaya tersendiri dengan koleksi blaus, palazzo, jubah, jaket, dan skirt daripada Galeri Ariani,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pembukaan Galeri Ariani di Jakel Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Sebanyak 20 rekaan dipersembahkan pada acara itu termasuklah seleksi tudung koleksi terbaharu Ariani yang berkonsepkan Modest Elegance yang memperagakan koleksi tudung Selendang Lace, Tiara Camelia, Tiara Chiffon Beaded Swarovski, Selendang Farisha, Adelia dan sebagainya.



Tambahnya, harga yang ditawarkan adalah serendah RM59 bagi koleksi sedia pakai dan RM39 bagi koleksi tudung. Sesuai bagi semua peringkat umur, saiz yang ditawarkan adalah dari saiz S sehinggalah XXL dengan pilihan pelbagai potongan untuk digayakan pelanggan.



Ujarnya, rekaan untuk setiap koleksi yang dikeluarkan adalah eksklusif dan terhad terhadap sesuatu jumlah sahaja.



Beliau menyasarkan koleksi baharu akan dikeluarkan pada setiap dua minggu dan akan menumpukan pada segmen online dalam masa terdekat ini untuk meluaskan pasarannya ke peringkat antarabangsa.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire