lundi 30 mars 2015

Penunggang motor langgar lampu merah meraung kaki putus





Seremban: Rintihan seorang penunggang motosikal yang meraung sakit akibat putus pergelangan kaki kiri meruntun perasaan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.



Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, mangsa, Chong Kok Jun, 22, yang menunggang motosikal model Honda Wave terbabit kemalangan dengan sebuah kereta Proton Gen 2 di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong, di sini.



Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu kemudian segera memberikan bantuan selain menghubungi ambulans dan polis.



Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa dari arah Seremban membelok ke arah Jalan Labu sebelum bertembung sebuah kereta dipandu lelaki berusia 24 tahun dari arah Seremban 2.



“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai melanggar lampu isyarat merah menyebabkan pemandu kereta gagal mengelak dan berlaku pelanggaran.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.





- See more at: http://ift.tt/1G9FFO8




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire